Friday, October 21, 2011

Sikap PAS (Part 4)



1. DAP yang selama ini agak yakin dengan undi daripada kaum cina, kini mendapati sokongan kaum cina terhadap mereka semakin menyusut gara-gara mereka tidak dapat menerangkan kepada pengundi mereka tentang sikap PAS yang dilihat umpama hilang 'kawalan' dn bercanggah dgn polisi PR.

2. Isu terbaru di mana Mat Sabu telah mengangkat komunis sebagai hero walaupun dalam sejarah dunia telah terpatri siapa yang menjadi hero dalam insiden Bukit Kepong merupakan satu tamparan yang hebat kepada PAS dan PR.

3. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat, bukan sahaja orang melayu, malahan bangsa-bangsa lain , kerana kebanyakan daripada mereka secara langsung atau tidak langsung telah terkena tempias 'kezaliman' komunis, lebih-lebih lagi anggota keselamatan yang rata-ratanya telah bersara dn kenangan zaman komunis itu masih kekal di ingatan mereka.

4. Impak 'kesilapan' tersebut adalah begitu besar terutama sekali bagi pengundi atas pagar yang merupakan 20% daripada pengundi atas pagar di kawasan luar bandar.

5. Walaupun Anwar Ibrahim telah dua kali cuba untuk 'memujuk' PAS dan DAP untuk mencari jalan tengah bagi isu hudud. Namun penyelesaiannya masih belum dapat dilihat.

6. Kedua-dua parti 'agree to disagree' di mana DAP mengugut untuk menarik diri beramai-ramai jika hudud dijadikan polisi bersama didalam PR, dan PAS di bawah Nik Azizi dikatakan telah mengadakan satu jawatankuasa untuk melihat akan perkara ini dan berkeras mahu menjalankannya di Kelantan.

7. Formula 'agree to disagree' hanyalah satu ungkapan 'lip service', tidak diterima pakai oleh semua pengundi tanpa mengira pengundi tersebut daripada golongan mana.

9. 8. Ia hanyalah dianggap sebagai formula 'memancing' undi dan mempersoalkan intelek pengundi itu sendiri, yang rata-ratanya lebih celik berpolitik, dn tidak mudah digula-gulakan hanya dgn 'bahan-bahan' retorik, kerana generasi kini berpaksikan 'politik nyata' (real politik) yang lebih menitik beratkan kepada peningkatan taraf hidup dn ekonomi.

10 Mahu atau tidak, Pakatan Rakyat, perlu mengakui bahawa ikatan antara parti adalah 'rapuh' dan Anwar Ibrahim sudah 'hilang bisa' untuk menyatukan mereka.

11. Objektif mereka semata-mata untuk 'menguasai' Putrajaya itulah yang menjadi pendorong mereka untuk 'bersama-sama'.

12. Tetapi, jika ditakdirkan objektif tersebut tercapai, persoalannya, bagaimanakah negara Malaysia yang makmur ini akan mereka tadbir sedangkan sebelum menjadi pemerintah Pakatan mereka sudah berterabur.

Adakah polisi 'agree to disagree' bakal dijadikan sebagai slogan utama dalam dasar bersama mereka?

No comments:

Post a Comment