Thursday, October 20, 2011

Kuasa dan Rakyat

1. Seperti yang kita sedia maklum kuasa sesebuah kerajaan itu datangnya drp rakyat. Mereka yang memilih siapa yang mereka rasakan 'layak' untuk mentadbir negara yang tercinta ini.

2. Walaupun begitu, jangan dilupakan bahawa  semua YB yang berada dalam parlimen , tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang adalah semata-mata kerana mendapat 'ihsan' dn kepercayaan drp rakyat.

3. Kedudukan para YB tidak lebih daripada pemegang amanah bagi pihak rakyat.

4.Harapan utama kepada mereka yang bergelar YB adalah untuk menjalankan kewajipan dengan penuh rasa kesedaran dn tanggungjawab agar keharmonian negara akan terpelihara.

5. Oleh itu, wajarlah kiranya segala dasar yang dibahaskan   perlulah dibincangkan dn disusun dengan cermat sambil mengingati dn menmginsafi perasaan dn harapan - harapan rakyat Malaysia.

6. Masalah-masalah yang terbentang di hadapan bukanlah dapat dihuraikan secara sewenang-wenangnya dengan tidak berpandukan latar belakang sejarah perkembangan dn politik Malaysia.

7. Kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia terdiri drp pelbagai kaum yang masih belum sempurna dn kuat perpaduannya.

8. Selain darpada itu, jangan dilupakan juga  satu generasi baru iaitu mereka yang terdiri daripada anak kelahiran bumi bertuah ini  yang telah menjadi dewasa selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

9. Mereka ini tidak tahu latar belakang politik yang terdapat ketika kemerdekaan negara diperjuangkan dan dengan sebab itu mereka tidak faham akan kompromi-kompromi yang telah dilakukan dan dipersetujui oleh semua kaum bagi menjayakan sebuah negara yg merdeka.

10. Selain daripada itu, satu lagi golongan yang terpaksa di hadapi oleh rakyat Malaysia ialah golongan yang tak bertanggungjawab; yg bercita-cita untuk mendapatkan kuasa dengan cara menghasut dn membangkitkan perasaan sentimen perkauman, rasa bimbang dn curiga-mencurigai antara kaum.

No comments:

Post a Comment