Thursday, October 20, 2011

Politik Masa Kini

by Emma Harith on Sunday, 16 October 2011 at 19:49


1. PRU  13 sudah semakin hampir menjelang tiba , tarikh akhir tamatnya tempoh mandat kerajaan kini adalah pada 30 hb March 2013 , ia lebih kurang hampir 150 hari daripada sekarang ataupun 5 bulan , PRU 13  kali ini  ditunggu-tunggu oleh semua pihak , semua parti politik dan semua  pemain politik serta rakyat biasa yg selama ini tidak aktif dan tidak terlibat secara lansung dalam apa jua bentuk politik kepartian.

2.Kita semua tahu , kesan domino drpd pru 12 2008 , telah mengubah lanskap politik negara , citarasa politik masa kini yg lebih agresif dn mencabar telah membayangi politik tradisi yg memacu politik negara selama lebih kurang 60 tahun.

3.Politik retorik dan politik elitis sudah tidak lagi diterima pakai rakyat jelata yg sudah celik politik , apa saja politik slogan telah menjadi tidak  relevan , rakyat mahukan politik bersifat realistik , rakyat jelata menuntut politik yg ada kaitan secara langsung dengan  kehidupan harian mereka.

4.Soal hidup rakyat menjadi agenda utama rakyat jelata pada masa kini , tuntutan ke atas politik realistik semakin kuat dn kerap dn parti 2 politik dlm negara masih belum lagi dpt mencapai persekitaran yg dituntut rakyat ini.

5.Kedua-dua paksi politik , sama ada BN ataupun PR masih lagi berpoltik seharian dn amat sedikit meralisasikan kehendak dn tuntutan rakyat , apakah permintaan dn tuntutan politik rakyat tidak realistik ? ataupun kurang realistik ? apakah rakyat jelata faham akan percaturan politik ? dn apakah rakyat jelata faham akan tekanan politik dunia yg berkait rapat dgn soal ekonomi yg jelas sekali sgt amat berkait dgn soal ekonomi dn seterusnya berkait rapat dgn kehidupan seharian mereka ?

6.Apakah rakyat jelata sudah betul-betul pasti yg mereka tahu dan faham akan tekanan politik global ke atas ekonomi dunia dn negara-negara itu ? apakah terlalu mudah utk laksanakan spt mana yg kehendak rakyat ? apa semudah itu politik rakyat ?

7. Ia bukan soal arif mahir ataupun matang dlm politik ,..ini adalah soal realiti politik.

8. Kedua-dua pihak , pihak pertama iaitu parti politik , pemain politik dn juga pemimpin politik serta pihak kedua iaitu rakyat jelata wajar utk melihat semula pendirian masing-masing  dalam hal ini , amat jelas sekali , terdapat pelbagai pro dn kontra di dlm kedua-dua pihak.

9. Tidak semua apa yg dibuat parti politik dn pemimpin politik itu betul, dn tidak semua apa yg dikatkan dn apa yg dikehenadki rakyat jelata itu realistik , ke 2 pihak amat perlu dn wajar berkompromi dlm hal ini.

10. Tuntutan yg melampau drpd rakyat juga amat perlu diberi perhatian dn begitu jugas perlakuan politik yg melampau oleh para pemimpin itu sendiri , pendek kata,..kedua-dua pihak perlu melihat semula tuntutan nafsu  serakah masing-masing.

No comments:

Post a Comment