Thursday, October 20, 2011

Rukunegara


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut::

a. Kepercayaan kepada Tuhan
b. Kesetiaan kepada Raja dn Negara
c. Keluhuran Perlembagaan
d. Kedaulatan Undang-undang
e. Kesopanan dn kesusilaan

1. Rukunegara merupakan satu 'asas ikatan' yang membimbing kita sebagai masyarakat Malaysia bagi  mencapai cita-cita perpaduan yang erat  serta menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada bangsa dn negara tanpa mengetepikan  agama.

2. Ia  umpama kata-kata  'peransang' (quotes) untuk kita  memelihara cara hidup yang demokratik di mana kekuasaan muktamad terletak di tangan rakyat, bertindak melalui  Perlembagaan dn Parlimen.

3. Rukunegara juga menjadi 'pendorong' bagi kita untuk menjalankan segala usaha dn iktiar utk 'mencipta' satu masyarakat di mana kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua, tanpa megenepikan nilai-nilai dn adab ketimuran yg di junjung tinggi oleh setiap masyarakat Malaysia.

4. 'Amalan' Rukunegara pada keseluruhannya memberi kita jaminan mengekalkan ciri-ciri tradisi kebudayaan yang berbagai corak, di mana masyarakat Malaysia bebas mengamalkan tradisi agama, dn adat resam masing-masing.

5. Rukunegara dibntuk sebegini  bertujuan untuk 'membina' satu masyarakat yang progresif, yang bergerak maju selaras dn teknologi, tanpa 'melupakan' nilai-nilai tradisional yang merupakan 'acuan' unik Masyarakat Malaysia.

6. 'Pengamalan prinsip 5 Rukunegara ini adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat malaysia yang cintakan negara.

7.  Oleh yang demikian, adalah mustahak RUKUNEGARA bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya agar segala 'hikmah' yang terkandung di sebalik  setiap perkataan dalam Rukunegara itu benar-benar dapat dihayati dn ditranslasikan oleh seluruh masyarakat Malaysia.

8. Rahsia 'utama' Rukunegara adalah pada amalannya, tanpa 'amalan', Rukunegara hanya akan menjadi secebis nota, seperti nota-nota biasa yang tiada membawa sebarang makna.

No comments:

Post a Comment