Friday, October 21, 2011

Sikap PAS (Part 1)



1. Sikap PAS yang dikatakan bermuka-muka membuatkan parti tersebut berada dalam dilemma apabila ia dikatakan semakin 'ditolak' oleh golongan konservatif hanya untuk kelihatan 'setaraf' dengan rakan-rakan lain didalam PR.

2. Walaupun selama ini PAS selalu 'menafikan' sumbangan undi daripada orang-orang Melayu yang berada di kalawasn luar bandar seperti Kelantan, Terengganu dn Kedah, tetapi mereka harus akur bahawa melayu-melayu yang selalu dianggap 'bodoh' oleh para penyokong PAS ini merupakan antara 'penyumbang' kepada kerusi-kerusi yg dimenangi ole PAS pada PRU 12 lepas.

3. Namun, sikap PAS yang dilihat semakin 'liberal' menyebabkan populariti mereka semakin menurun di kawasan-kawasan yang dianggap 'tradisi'. Maka, demi untuk mengambil semula hati para penyokong 'tradisional' yang semakin menjauhi mereka PAS telah mula melakonkan watak 'Islamist' mereka yang tidak disenangi oleh para rakan PR yang lain.

4. Semasa 2008, pengundi bukan melayu telah 'cuba' memberikan undi mereka kpd PAS dengan harapan bahawa PAS akan 'berubah' apabila mereka menyertai PR, yg akhirnya menyumbang kpd kemenangan 5 negeri.

5. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, keyakinan bukan melayu dan melayu 'bandar' serta melayu liberal terjejas teruk akibat beberapa perubahan polisi yang menunjukkan sifat PAS yang dikatakan 'tidak matang' dan 'berpijak di bumi yang nyata' seperti mengadakan 'pengintipan' dalam menentukan pakaian seseorang wanita di Kelantan , 'pengharaman' panggung wayang di Bangi dn tidak menyertai HIMPUN.

6. Ini kerana, pada pendapat mereka PAS sepatutnya lebih mengutamakan hal-ehwal kenegaraan, seperti mengimplementasikan polisi yang akan mengurangkan korupsi, meningkatkan lagi ekonomi serta memastikan infrastruktur di negeri Kelantan khasnya 'lebih baik'.

No comments:

Post a Comment