Friday, October 14, 2011

Mengapa kerajaan harus takut kepada pembangkang?

Lebih setahun saya 'bercuti' daripada menulis blog atas alasan sibuk dengan tugas-tugas lain. Namun, tiada banyak perubahan yang berlaku dalam senario politik negara.

Para pembangkang masih terus membangkang, dan para penyokong kerajaan pula sentiasa sibuk 'bertahan'. Politik defensif masih lagi berjalan di pihak kerajaan dan ofensif masih lagi menjadi permainan pembangkang.

1. Keadaan ini agak mengecewakan bagi pemerhati politik seperti saya yang merasakan bahawa sebagai kerajaan, umno/bn mempunyai pelbagai institusi , badan dn organisasai tertentu yg boleh 'digerakkan' bagi memastikan kemenangan berpihak kepada umno/bn.

2. Ini kerana berdasarkan pemerhatian PRU12, yang mengalami 'kekalahan' bukannya umno tetapi parti komponen bn yang lain.

3. Kekalahan yg 'dialami' oleh umno adalah pada tahap biasa dn bukannya luar biasa. Oleh itu, ia bukanlah satu isu yang menyebabkan 'ketakutan' kehilangan undi bagi pihak umno.

4. Namun apa yang kurang menyenangkan ialah sifat takut itu telah dizahirkan dengan memberi terlalu banyak 'muka' kepada pembangkang, sehinggakan dilihat siapa yang mahu kehendak mereka dituruti oleh kerajaan, mereka perlu bangkang dn maki kerajaan dahulu.

5. Apabila sudah dapat kehendak di hati baru mereka akan kata kerajaan 'bagus'.

6. Perkara ini membuatkan para penyokong kerajaan terasa dianak tirikan, sedangkan mereka yg beria-ia pertahankan kerajaan umno/bn tetapi suara mereka tak di dengari.

7. Yang mendapat perhatian daripada pemimpin atasan adalah org seperti Namawee, yang hentam kerajaan sana sini, tetap mendapat geran dan masih dipuji sbgai penyokong 1 Malaysia.

8. Dia sepatutnya dikenakan tindakan tegas tetapi dilepaskan.

9. Tetapi, jika pro umno/bn yang membuat teguran kepada kepimpinan berkenaan sesuatu isu atau dasar kerajaan, mereka akan secara automatik di cop sebagai pembangkang, dn dikatakan pembelot terhadap perjuangan parti.

10.Walhal, kebanyakan pro umno menegur parti kerana sayangkan parti dan tidak mahu parti terkubur dek kerana segelintir pemimpin yang 'kurang bijak' dan yang 'mengambil kesempatan'.

11.Sedangkan pemimpin umno tahu yang memenangkan mereka adalah penyokong umno yang berbansa melayu.

12.Mereka sepatutnya tidak perlu untuk terlalu' mengambil hati' bangsa lain kerana kita tahu bangsa lain hanya segelintir sahaja yang akan undi bn.

13.Oleh itu sudah sampai masanya, para pemimpin umno kembali kepada 'akar umbi' mereka, kembali mendekati para penyokong tegar mereka.

Tidak rugi, ular menyusur akar...bisa tak hilang...

Namun, lebih rugi jika para pemimpin menjadi kacang lupakan kulit,  kudapan ringan bagi  mereka yang mahukan 'kuasa politik' bangsa melayu dengan memisahkan  umno dn akar umbi...




















No comments:

Post a Comment