Tuesday, March 19, 2013

Isu pendidikan percuma


Isu pendidikan percuma :

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus.

ACJ Telah Putuskan Sabah Milik Malaysia

ACJ Telah Putuskan Sabah Milik Malaysia

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak "rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri

Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah", resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih".

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa.

Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah.

Wawancara Sin Chew dengan Wan Azizah: Sandiwara murahan Wan Azizah dengan cincin 5 ringgitnya.

Wawancara Sin Chew dengan Wan Azizah: Sandiwara murahan Wan Azizah dengan cincin 5 ringgitnya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba. 

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.

Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya.

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.

sistem kasta vs status bumiputra

sistem kasta vs status bumiputra
=========

Wajarkah sivakumar mahu status bumiputra dihapuskan ?

1. dia adalah seorang manusia yang x sedar diri krn mahukan status bumiputra dihapuskan , kononnya mahu hak sama rata lah..

2.bagaimana pula dgn sistem kasta yang menjadi amalan masyarakat kaum india? Mengapa dia tak mahu mmperjuangkan utk menhapuskan sistem kasta?

3. sistem kasta yg paling zalim kejam dn x berperikemanusiaan itu bukan shj memisahkan hak manusia lain dgn taraf tertentu, malahan ia sangat-sangat x adil.

4. ibu kpd segala berat sebelah 'double standard' ialah sistem kasta amalan bangsa sivakumar ini , knp beliau x perjuangkan bangsa sendiri yg amalkan sistem kasta yg sgt x adil tu ?

5. Mengapa dia sibuk2 nak mempersoalkan ttg bumiputra, sedangkan di Malaysia kaum-kaum lain ade 'keistimewaan' tersendiri yg tak pernah pun 'diganggu' oleh bumiputra spt sekolah vernakular, dn amalan agama dn budaya masyarakat...contohnya perarakan taipusam.

Wednesday, March 6, 2013

Mengapa KONFLIK perlu wujud

 analisis politik - insiden lahad datu pt 1

1.kita akan melihat 1 analisis politik berkaitan insiden di lahad datu , analisis ini mengupas sedikit sebanyak kupasan dn perincian percaturan tertentu membabitkan pihak pihak yg terlibat dlm insiden ini.

2.pihak yg dilihat terlibat dlm insiden ini ,.

a.pembiaya / penyumbang dana / pencatur politik
b.organisasi terlibat
c.personaliti terlibat
d.motif
e.objektif
f.rumusan

3.kita akan memperincikan fungsi pihak terlibat dn percaturannya spt berikut ;

a.pembiaya / penyumbang dana / pencatur politik

1.kita tahu , operasi insiden lahad datu digerakkan oleh penceroboh pemberotakan ala guerilla dan millitary , mereka lengkap bersenjata dn pergerakan mereka terbukti adalah 1 perencanaan yg tersusun atur dn telah dirancang mungkin berbulan sebelumnya.

2.kita pasti , gerakan militan pengganas kesultanan sulu ini dibiayai oleh pihak tertentu dgn kos yg agak besar , dn sudah pasti pelaburan dana utk gerakan ini mensasarkan objektif dn target tertentu yg sudah pasti ada kepentingan politik dn ekonomi utk mereka.

3.buat masa ini , kita x mahu membuat spekulasi identiti mereka dn kita akan melihat rangka struktur gerakan insiden lahad datu dgn lebih terperinci lg.

b.organisasi terlibat

1.kita x dpt nk sahkan pada masa ini organisasi melibatkan pihak pembiaya gerakan insiden lahad datu ini , akan tetapi kita boleh mentafsir , siapakah mereka .

2.nur misurai dn mnlf

a.nur misuari ialah pemimpin mnlf , mnlf adalah 1 organisasi pembebesan moro diselatan filipin dn sgt aktif perjuangannya sejak tahun 80 an lg , akan tetapi mnlf telah gagal mencapai objektif perjuangannya akibat beberapa perkara dalaman mnlf yg membabitkan kepimpinan nur misuari.

b.organisasi ini , tidak mendapat sambutan sokongan dprd rakyat moro , milf yg dilihat lebih realistik , lebih disokong rakyat moro dn kerajaan filipin , dn kerana faktor ini , milf telah berjaya mendapatkan pencapaian perjuangan mereka iaitu kuasa automi utk wilayah islam selatan filipin.

c.sokongan kerajaan malaysia keatas organisasi milf telah membuah hasil yg amat positif , sokongan malaysia kpd milf yg dilihat lebih realistik disegi politik utk wilayah islam selatan filipin mungkin telah mendatangkan ketidakselesaan mnlf dn nur misuari.

d.nur misuari pernah ditangkap malaysia dfn diserahkan kpd kerajaan filipin pada tahun 2001 kerana beberapa jenayah yg dilakukan dinegara filipin , perjanjian kesafahaman keselamatan rantau antara negara negara asean telah sbbkan malaysia bertanggungjwb utk menyerahkan nur misuari kpd kerajaan filipin.

perkara ini berkemungkinan menyebabkan nur misuari menjadi kurang senang dgn kerajaan malaysia .

e.mnlf disokong oleh tenaga ketenteraan drpd bangsa sulu dn moro , aktiviti mnlf juga selama ini dibiayain oleh pihak tertentu , akan tetapi setelah mnlf gagal dlm mencapai objektif perjuangannya , kemungkinan besar mnlf sudah tidak lg dibiayai sebagaimana mereka dibiayai selama ini.

f.nilai dn imej dn juga taraf mnlf telah jatuh dn dianggap sudah tidak relevan lg , kepimpinan mnlf dn misuari sudah pasti tertekan dgn situasi ini dn beranggapan mnlf perlu diberikan nafas baru agar imej mereka dn taraf mereka dpt dikembalikan spt mana dahulu.

g.bg tujuan ini , mnlf perlukan 1 kontroversi bertaraf antarabangsa dn berupaya mengembalikan kegemilangan organisasi mereka .Mnlf masih mempunyai ketumbukan tentera yg boleh berfungsi sbg jentera tentera upahan.

3.kesultanan sulu raja kiram III

a.kesultanan sulu mempunyai sejarah dgn sbh dn kerajaan malaysia setiap tahun menyambung bayaran serahan penguasaan sebahagian timur sbh yg dahulunya dikenali sbg british borneo.

b.hubungan malaysia dgn kesultanan ini mmg wujud sejak sabah diserapkan dlm malaysia pada tahun 1963 , perjanjian cobbold memwartakan kedudukan kaitan dn kuasa malaysia di sebahagian timur sbh dn jelas sekali ,

pendirian kerajaan kesultanan sulu yg menerima wang serahan itu drpd kerajaan malaysia setiap tahun dgn sendirinya membuktikan mereka menerima wang cession tersebut sbg pengkuan dn pengiktirafan hak dn kuasa malaysia di sebahagian tanah timur sbh itu.

c.kerajaan kesultnan sulu bukan sebuah negera , penempatan mereka ialah di kepulauan selatan filipin , kesultanan sulu tidak kuat disegi kewangan dn mahu menjadi juara kesultanan sulu.

sehingga kini , terdapat 9 sultan sulu kesemuanya , tetapi pengiktirafan kerajaan filipin keatas sultan sulu tidak dipihak raja kiram III , keluarga raja kiram III yg mempunyai perjanjian atas sbh dgn british dn malaysia dn mendakwa , merekalah kesultnan yg sah.

d.kesultanan kiram perlukan satu bentuk pengiktirafan sendiri kesultanan mereka dn mereka gunakan hak mereka dulu keatas sbh sbg satu senjata utk memperkenalkan mereka di mata dunia.

spt nur misuari dn mnlf , persamaan ke dua orgnisasi ini hanya 1 , iaitu ke 2 nya perlukan 1 kontroversi bertaraf dunia.

mereka perlu wujudkan KONFLIK .


credit TMX

teori agenda serangan penceroboh kesultanan sulu di sbh


teori agenda serangan penceroboh kesultanan sulu di sbh
==============

1.serangan penceroboh kesultanan sulu di sbh dipacu oleh..

a.faktor kos
b.faktor lojistik persenjataan dn peluru
c.faktor rangkaian domestik - bantuan tempatan
d.faktor markas operasi / tempat persembunyian
e.faktor tactical serangan balas
f.faktor peralatan canggih
g. faktor politik

dn sbgnya..

2.kita tahu , faktor tuntutan bukan utama , tetapi faktor utk penonjolan kumpulan itu yg lebih nyata agendanya , mnlf pimpinan nur misuari yg dikatakan diketepikan oleh bangsa moro dn sulu sendiri menjadikan organisasi mereka perlukan 1 bentuk kontroversi dn sensasi bertaraf dunia utk penonjolan semula imej mereka.

3.serangan pencerobohan ini di sbh telah menarik minat pemain politik antarabangsa spt cia amerika yg sgt mahukan kedudukan strategik lautan di timur sbh , ia kerana , kedudukan tersebut amat bernilai disegi ke strategikan military dn ia amat penting utk pihak 2 tertentu.

4.mereka tidak dpt menguasai kwsn itu secara sah dn mereka perlukan 1 konflik di kwsn itu utk sbg alasan kehadiran mereka , dn organisasi yg telah lemah tetapi ada nama boleh dikudakan dipergunakan utk tujuan itu.

kita tahu mnlf nur misuari amat kecewa dgn kejayaan dn pencapaian milf , dimana milf telah mendapat dn mencapai agenda perjuangan mereka dgn filipina dn mnlf tertinggal dlm bab ini.

5.utk menghidupkan semula perjuangan mnlf , mereka amat perlukan 1 konflik , dn mereka mencipta konflik itu , dn mereka tahu , mereka akan dibiayai sepenuhnya , kita juga tahu , organisasi spt ini , amat mudah utk medapat dana bwh tanah dn dana tertentu dn kita juga tahu , peperangan bg mereka adalah 1 cara mendapatkan sumber kewangan.

mereka juga tahu , kekuatan dn kelemahan raja kiram iii , dn mereka juga tahu kelemahan kesultanan kiram dn soal kewangan dn soal popular , keuarga kiram ini digunakan , dn kiram dilihat sbg alat utk agenda mereka.

7.setelah serangan mereka dibalas oleh pihak pasukan keselamatan malaysia , mereka dilihat lebih kearah mencapai target mereka iaitu , menaikan nama kumpulan mereka dn mereka telah berjaya , mereka telah dkenali .

kini setelah dikenali , agenda mereka di sbh akan masuk fasa ke 2 ,fasa ke 2 kan lebih terarah kpd tektik serangan hendap di semua kwsn di sbh , dn serangan ini tidak akan spt berperang atau pemberontakan , tetapi akan lebih terarah serangan cara x menetu dn tidak kerap.

8.mereka mahu mengugat kestabilan dn keselamatan mutlak sb saja , x lebih drpd itu , mereka tidak akan masuk ramai 2 sehinga puluhan ribu org utk berperang di sbh , kerana faktor kos tidak dipihak mereka.

dn sudah pasti , pembiaya dana mereka x mahu 1 perang besar yg bakal hancurkan mereka sendiri , pembiaya dana mahu mereka aktif dn wujud shj dn berfungsi sbg pengacau dn pengganas upahan shj.

9.mereka akan berfungsi hanya sbg tenetra upahan saja , dn hanya berfungsi utk megacau sebulan 2 kali shj , mereka tidak akan membawa bala tentera tk berperang dgn sabah ataupun malaysia.

10.mereka tahu , kerajaan malaysia tidak akan mudahkan urusan agenda mereka.

Tuesday, March 5, 2013

Kisah dari Org sabah sndiri


kisah dr org sabah sndiri...
------------
Payid Samseng Kg Dusun Pengganas yang serang anggota polis di kampung Sri Jaya sehingga 6 anggota kita terkorban bukan didalangi oleh pengganas di kampung tanduo, lahad datu. Pengganas di kampung tanduo sudah dikepung oleh askar dan polis sejak hari pertama pencerobohan.
31 minutes ago via mobile · Unlike · 1

Payid Samseng Kg Dusun Pengganas yang serang anggota polis di kampung Sri Jaya, Semporna adalah org suluk yang sudah lama menetap di kawasan itu dan mereka menyokong pengganas di kampung tanduo, lahad datu dan ingin membalas dendam kerana kematian anggota mereka semasa serangan pertama yang lebih dikenali kibaran bendera putih yang mengorbankan arwah Zulkifli Mamat dan Arwah Sabarudin
28 minutes ago via mobile · Unlike · 1

Payid Samseng Kg Dusun Sekarang ni kami di sabah masih dalam keadaan berjaga jaga kerana di sekeliling kami ramai kaum suluk yang sama sama cari rezeki di bumi sabah so tolong berhati hati bila komen dan sensitif itu penting. ada kemungkinan mereka ini akan angkat senjata untuk membalas dendam. Kepada yanv belum kenal adat masyarakat sabah jgn malu datang sini tak cukup tapak tangan nyiru saya tadahkan
20 minutes ago via mobile · Unlike · 1

Payid Samseng Kg Dusun Dalam insiden di atas pengganas sendiri telefon polis buat laporan disyaki ada anggota militan dalam sebuah rumah. Anggota polis seramai 40 anggota dikerah ke tempat kejadian, sampai di lokasi rumah yang disyaki suspek bersembunyi sebenarnya kosong dan dalam keadaan malam iaitu 7.30 malam waktu isyak suasana gelap dan rumah sekeliling kawasan gelap dan dipercayai anggota pengganas bersembunyi menanti kehadiran pihak polis...lebih kurang depa guna taktik ambush sama seperti taktik kibaran bendera putih. Pengganas cuba mengelirukan pihak polis
10 minutes ago via mobile · Unlike · 1

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?


SAPA MASIH TAK FAHAM-FAHAM TENTANG KEJADIAN KT LAHAD DATU , SAYA WAKIL DARI ATM AKAN MENJAWAB APA YANG BERMAIN DIFIKIRAN RAKYAT MALAYASIA..


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.

Monday, March 4, 2013

su gambar pm najib dgn pemimpin sulu

su gambar pm najib dgn pemimpin sulu

1.pr telah mainkan propakan isu gambar pm najib dgn pemimpin sulu utk menutup dakwaan media filipin bahawa penceroboh sulu ada kaitan dgn pembangkang.

2.gambar pm najib itu adalah pembuktian hubungan diplomatik d
n hubungan antara pemimpin islam nusatara dn sulawesi dn kepualauan sulu.

3.tidak dinafikan malaysia , mempunyai perhubungan dgn semua pemimpin islam di seluruh dunia termasuk drpd sulu dn bangsamoro , dn perhubungan kita adalah bersaskan dn diatas landasan faktor perhubungan agama islam.

4.kapasiti pm najib sbg ketua negara malaysia yg majoriti umat islam dn agama rasmi negara islam berhubung dgn para pemimpin islam drpd seluruh dunia adalah 1 perkara yg amat wajar.

5.setiap tahun , pelbagai aktiviti antarabangsa dan diplomatik berlangsung antara negara dn pemimpin islam ini dipelbagai forum islam bertaraf dunia.

6.malah , pemimpin pas juga terlibat dlm aktiviti yg sama , presdien pas hadi awang juga berhubung dgn pemimpin islam sulu dn drpd seluruh dunia dn juga dilihat menghadiri pelbagai forum pemimpin islam ermasuk di makassar sulawesi dn sbgnya.

7.semua pemimpiin islam nusantara termasuk drpd sulu juga hadirin kpd jemputan forum spt ini.

8.parti umno juga menjemput semua parti poitik dn pemimpin islam ke perhimpunan agungnya sbg memberi penghormatan kpd mereka para pemimpin islam drpd seluruh dunia.

9.tindakan manipulasi politik dn propa jahat pr dlm pekara ini amat dikesali.

10.pr dilihat menolak perhubungan malaysia dgn para pemimpin islam dunia dn drpd nusantara.

Damage control oleh PR

perhatian kpd semua pro bn umno

damage control @ pengawalan kerosakan pr keatas insiden lahad datu

1.pr sdg melakukan damage control kpd politik mreka dlm insiden lahad datu.

2.pelbagai berita drpd akhbar filipin yg mendakwa pembabitan pemimpin pr dilihat telah mendatangkan implikasi politik kpd mereka.

3.maka itu , jentera propaganda mereka telah mula mengalih isu dn pandangan dn tekanan politiik keatas mereka dgn pelbagai ftinah megatkan umno dn pm najib dlm isu ini.

4.mereka telah menghina pasukan keselamatan kita dn para pejuang yg gugur , mereka juga telah menjatuhkan kedaulatan negara dgn tidak mengecam pihak penceroboh .

5.kita serang balas propaganda jahat mereka dgn apa cara sekali pun.

ayuh sahabat semua , bersatu demi negara !!!

kecaman keatas penyerang kedutaan malaysia di filipin

kecaman keatas penyerang kedutaan malaysia di filipin

1.kita rakyat malaysia mengecam tindakan penganas sulu di kedutaan malaysia di filipin.

2.kita bukan menyerang mereka penceroboh , tetapi kita pertahankan negara kita yg diceroboh dn pejuang kita dibunhh dgn kejam.

3.tindakan menyerang kedutaan malaysia dn rakyat malaysia di filipin amat keji dn tidak mempunyai asas yg kukuh.

4.oleh itu , hentikanlah serangan keatas kedutaan kita di filipn.

condemn of attack on malaysian embassy in philipine

1.we , the malaysian people , condemn the sulu intruders attack on our embassy in manila philipine.

2.we did not attack your sulu's with o reason , we defended our homeland from your sulu intrusion on our home soil and killed our soldiers.

3.the attack on our embassy were done in bad faith by your sulu's and it must be condemn.

4.we remind the sulu's to stop attack and harm our interest in the philipin.

tahniah kpd kerajaan malaysia

sokongan padu kpd operasi ketenteraan atm keatas penceroboh di lahad datu

1.tahniah diucapkan kpd kerajaan malaysia dan pasukan keselamatan negara keatas tindakan operasi ketenteraan keatas penceroboh negara.

2.kita rakyat malaysia menyokong penuh pendirian kerajaan malaysia dlm tindakan ini.

3.kita juga amat berharap , keperluan utk tindakan spt ini dilaksanakan tanpa keraguan jika ancaman keatas rakyat sabah dn negeri sabah dn malaysia berulang ataupun berteruan.

4.kita rakyat malaysia mendoakan yg terbaik utk para pejuang negara dn rakyat sabah dlm menghadapi kemelut ini , semoga allah swt bersama kita semua dn mengurniakan kesejahteraan kpd negraa dn rakyat jelata.

5.rakyat jelata berharap , kerajaan malaysia akan terus menyiasat dan menangkap mereka yg terlibat dlm insiden ini dn menghukum mereka dgn hukuman yg setimpal.

allahu akhbar allahu akhbar allahu akhbar ....

peliharalah kedaulatan negara kami...

amin.

9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU.....SILA SEBAR UTK BERKONGSI ILMU.....

9 SEBAB SABAH BUKAN MILIK SULU.....SILA SEBAR UTK BERKONGSI ILMU.....

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

Mengapa baru skrg 'sultan sulu' tuntut sabah?

Negaraku Malaysia
Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia). Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun?

Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah....

MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...

Kenapa Anwar Hanya Saman Utusan Dan TV3?

Kenapa Anwar Hanya Saman Utusan Dan TV3?

Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi ‘menembak sipembawa berita’ (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi ‘mangsa’ untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.

Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.

Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.

Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri. Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.

Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.

Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat? Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada ‘memetik sumber asing’? Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.

Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup ‘masak’ dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya. Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.

Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3. Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.

Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak ‘perlu’ diadakan sama sekali.

Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya

Bn vs Pr


bn

1.bn adalah 1 gagasan politik drpd komponen komponen pelbagai parti yg mewakili pelbagai bangsa dn kaum dn agama , konsensus bn lebih tersusun atur dn perencanaan politik mereka sealiran dn selaras dgn kehendak politik masing masing.

2.politik bn terbukti sesuai dgn citarasa politik dn landskap politik malaysia .

3.kesefahaman politik dlm bn dn dikalangan komponennya amat jelas dn membina , tiada politiking sesama komponen dn perebutan kuasa dominasi dlm bn dn tidak juga ada unsur menolak umno sbg pemegang kuasa politik bangsa melayu umat islam serta hakikat bahawa umno ialah sbg peneraju konsensus bn.

4.walaupun jumlah parti pribumi sbh sarawak dn parti cina india ataupun bukan melayu islam menguasai lebih konsensus dlm bn , penghormatan dn sensiviti keatas realiti politik malaysia bahawa bangsa melayu adalah paling berhak keatas kuasa politik negara tidak dinafikan.

5.tidak pernah berlaku ataupun terjadi dlm bn , mana mana komponen yg cuba merampas ataupun menidakan hakikat realiti politik bahawa , kasa politik negara wajar dn harus berada dlm tgn dn penguasaan bangsa melayu umat islam.

pr

1.pr ialah 1 konsensus politik drpd 3 parti komponen yg terdiri drpd 1 parti cina 1 parti pelbagai kaum dn 1 parti islam , pr mewakili pelbagai bangsa dgn masing masing perjuangkan agenda masing 2.

2.perencanaan politik gagasan pr ini amat tidak tersusun rapi dn dilihat tidak sealiran dn terjadi penyanggahan pendirian politik masing 2 , perkara ini terjadi kerana pr hanya bersatu utk ekpentingan politik tetentu shj dn sudah tentu ia adalah utk kepentingan parti masing 2 dn tidak utk rakyat jelata dn negara.

3.penyatuan mereka yg lemah tidak kukuh dn longgar lg meragukan membuktikan bahawa persekutuan mereka hanya bersifat politik shj dn tidak membawa erti maksud kesefahaman yg jitu spt mana bn.

4.perebutan utk kuasa dominasi dlm pakatan tersebut amat jelas , pkr dn pas masih tidak dpt stabilkan kerakusan politik dap yg amat berselera utk dominasi dn kuasai kuasa politik dlm pr.

5.walaupun perjuangan pr dilihat berteraskan malaysian malaysia iaitu hak sama rata semua kaum , tetapi, hakikatnya , sebenarnya , politiking dlm pr membuktikan bahawa ia adalah percaturan politik utk kepentingan 1 bangsa shj , iaitu bangsa dap.

6.amat kerap berlaku percanggahan pendirian politik diantara komponen pr dn acapkali yg menjadi mangsa dn kekalahan ialah parti komponen pas yg mewakili umat islam dn bangsa melayu.

anehnya , pkr yg dilihat sbg parti pelbagai kaum , tidak memihak kpd pas tetapi sebaliknya lebih memihak kpd dap yg terang jelas perjuangkan politik 1 hala yg menjurus kpd kepentingan bangsa mereka shj.

renungkanlah....nilaikan lah...

politik anwar vs guan eng


politik anwar vs politik joseph limguaneng dap - pt 1

1.pru 12 2008 , 

a.dap mng 29 kerusi parlimen , kuasai dun p pinang , dun perak dn selangor , dgn sokongan lebih 600 ribu pengundi di semua dun dn parlimen yg dimenangi mereka.

b.pkr anwar mng 26 kerusi parlimen , dn 30 % kerusi dun negeri.

2.terbukti , dap lebih dominasi dn berkasa dlm pr kerana dap penjana kemenangan kpd pr , dn kekalahan komponen bn spt mca gerakan dn mic membuktikan penolakan bangsa cina keatas komponen bn itu.

3.kita telah melihat bagaimana dap serta merta memperkukuhkan kedudukan mereka dlm pr dgn melindungi kepentingan mereka agar kuasa dn suara poltik mereka lebih dominan berbanding pkr dn pas dlm pr.

di p pinang , dap lebih kearah pkr , manakala di perak , dap lebih terarah kpd pas , ini buktinya kecekapan dn kebijakan politiking caturan dap utk kepentingan kuasa politik mereka.

di ke 2 negeri perak dn png , pas paling lemah dn mudah dikuasai , dn diperak dap berkuasa mutlak , akan tetapi di png , dap x dpt bermain dgn politik anwar , atas sbb pkr menyumbang bnyk kerusi drpd pas.

4.disini , bermulanya percaturan dn pertempuran sengit politiking anwar pkr dn joseph lge dap.

a.dap tahu , kuasa pengaruh mereka hanya drpd pengundi cina shj , dn dap juga tahu , pkr menyumbang 30 % kpd politik pr dn mereka dap ,

b.dap perlukan undi melayu , manakal anwar pkr perlukan undi cina.

5.dlm pkr , terdapat personaliti bukan melayu yg gah , dn sentiasa membayangi pemimpin melayu dlm pkr , dn kita semua tahu dn anwar tahu , mereka lebih terarah kpd dap berbanding pkr ,

a.anwar perlu stabilkan faktor ini , azmin ali digunakan dn difungsikan sbg pemimpin ultra melayu dlm pkr dn ia terbukti apa bila dlm pemilihan peringkat cabag dn pusat pkr , polar pengundi dlm pkr sgt perkauman.

kes cth...

cabang 2 yg diketuai melayu spt datuk bahrain di teluk kemang p dickson telah dimenangi oleh pemimpi india kerana di cabang itu lebih ramai ahli pkr india berbanding melayu.

dn begitu juga sebaliknya di cabang yg ramai ahli melayu , pemimpin bukan melayu tewas , spt eli wong , sivarasa dll....

b.manakala dlm pertandingan pusat pula..ia sgt jelas , paksi azmin disokong kuat oleh paksi ahli melayu pkr manakala lwn nya...yg juga paksi wan azizah dn nurul izah ,disokong oleh ahli bukan melayu dlm pkr.

6.maknanya , anwar telah mencatur politik serampang 2 mata,

a.isteri dn anaknya..,presiden dn naib presiden pkr digunakan utk menjaga kepentingan bukan melay dlm pkr dn pr ,

b.manakala, org kanan dn org paling kuatnya dn ketua strateginya azmin ali , difungsikan sbg ultra melayu dlm pkr.

7.dap melhat percaturan politik anwar sgt merbahaya kpd dap , dn dlm masa yg sama , dap mencuba menggunakan pas utk stabilkan tekanan politik anwar keatas mereka , malangnya , pas terpecah 2 , dn 1 paksi menyokong perpaduan dgn umno , dn ia 1 ancaman kpd dap dn pr.

a.dap tahu bahawa tidak mudah bg dap utk kuasai pas , dn tidak mungkin pas akan menyokong dap secara mutlak , dap tahu anwar lebih berpengaruh drpd dap dlm perkara berkaitan pas.

b.pas pula , lebih terarah kpd anwar tetapi tidak kpd pkr , dlm situasi ini , politik pas menjadi tidak konsisten dn amat mudah dianipulasi dn dieksploitasikan dap dn pkr dn anwar.

8.anwar mendahului dgn emwujudkan kem paksi anwar dlm pas yg diketuai mat sabu , dlm muktamar pas 2010 , paksi mat sabu telah mng besar dn semua calon dewan ulamak yg menyokong ust nasha dn hadi awg tewas teruk.

pas telah berjaya dikuasai politik anwar dn ia 1 kekalahan kpd dap

9.akibat drpd perebutan kuasa mutlak dlm pr , kuasa dominasi politik dlm pr , permainan politik halus anwar dn dap lge telah mendatangkan...

a.ketidakpercayaan sesama sendiri dikalangan komponen pr

b.endorement siapa pencatur utama dlm pr juga tidak dpt ditetapkan kerana paksi anwar dn paksi lge dap masing 2 mempunyai permasalahan dalaman parti yg agak kronik.

10.dlm situasi ini , pihak ke 3 , iaitu ..

a.paksi india dlm dapb.paksi india dlm pkr

telah menjadi penentu kpd kemenangan ke 2 gergasi pr ini...

kita lihat siapa yg kena...

11.dap sdg perkuatkan faktor melayu dlm dap......pkr sdg perkuatkan paksi bukan melayu dlm pkr , pas pula menjadi lemah akibat permainan ke 2 pencatur ini dn tiba tiba , paksi india yg menjadi penentu dlm percaturan mereka ini.

12.kini , ke 2 nya gusar dgn pendirian poltik paksi india dlm pr !!!

part 2 - kronologi kpd analisis politik ini , setiap yg ditulis dlm post ini ialah drpd kronologi politik pr sejak 2008....

lahad datu pada 5/3/2013


‎12:00 pm : foto najib dan aquino dibakar pendemo filipina di manila. aiikk korang yang menceroboh dan bunuh rakyat malaysia . kau pulak yang buat demo ? otak baral sebijik macam pas !

11:46 am : lokasi serangan ATM dalam lingkungan 4km.

Maklumat terkini daripada sidang akhbar Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Felda Sahabat:

1. Serangan masih berlangsung sehingga kini
2. Lokasi serangan dalam lingkungan kawasan 4km
3. Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kampung dan melakukan proses penggeledahan
4. Tiada kematian di pihak pasukan keselamatan setakat ini
5. PAT sahkan tentera guna pelbagai senjata termasuk bom
6. Pihak pengganas memberi tentangan dengan menyerang balas
7. KPN nafi laporan media Filipina yang mendakwa ada kawasan yang menempatkan pasukan keselamatan negara terkena bom sendiri

11:37 am : twitter zahid hamidi..operasi pembersihan sedang dilakukan. doakan kami senantiasa dilindungi ALLAH SWT..amin.

11:17 am : Pasukan darat ambil alih serangan. Pasukan serangan udara dihentikan.

11:00 am : Pasukan keselamatan yang melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenhata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera.

Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Hornet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping. ( sumber utusan )

10:30 am : jurucakap pengganas abraham idjarani kata rakannya azzimudie mendakwa mereka bukan pengganas ! pala otak kau !
boomm !

najib umum serangan secara rasminya dilancar pagi ini..

zahid hamidi sedang memantau KESEMUA OPERASI ATM DAN PDRM !

ATM serang gunakan beberapa pesawat canggih !!
pasukan GGK,VAT 69 dan PARA pun turut bersedia !!

HANCUR KAU PENGGANAS SULU TAJAAN ANWAR !

HIDUP ATM !
HIDUP PDRM !

YA ALLAH LINDUNGILAH PASUKAN KESELAMATAN KAMI !

LINDUNGILAH PENDUDUK AWAM !
BERILAH KEMENANGAN KEPADA KAMI !
HANCURKANLAH PIHAK MUSUH ! -GAP