Wednesday, October 26, 2011

Contoh sokongan penyokong PAS terhadap 'ketuanan' DAP dalam mikro politik FB


by Emma Harith on Wednesday, 26 October 2011 at 14:16




1. Di dalam dunia maya, lebih-lebih di dalam Facebook (FB) ‘group’ politik boleh dikatakan bahawa DAP lebih disokong dan lebih popular daripada PAS dan kebanyakan yang menyokongnya adalah terdiri daripada penyokong- penyokong PAS sendiri.

2. Ia boleh dilihat dalam FB, berapa kerat sangat DAP dan PKR yang menyokng DAP, kebanyakan sokongan untuk DAP datang daripada PAS. Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DAP adalah harapan politik PAS , talian hayat PAS , dap adalah segala galanya untuk PAS, tanpa DAP , siapalah PAS ?

3. DAP pula tidak menunjukkan sokongan nyata, tetapi tidaklah diketahui, mungkin DAP menyokong PAS dari segi 'bantuan kewangan' krn kita tahu bahawa ada segelintir exco DAP yang terlibat dgn 'ekonomi bawah tanah'.

4. Persoalan yg timbul kini , keadaan politik PAS yang semakin gawat apabila dilihat DAP seolah-olah perkecilkan undi sokongan PAS , dan DAP juga seperti tidak perlukan sokongan PAS lagi kerana DAP telah mendapat asas politik yg kuat selepas PRU 2008, terima kasih kepada jentera PAS yang tidak mengenal penat ‘mempromosikan’ DAP kepada para penyokong mereka.

5. Selain daripada itu, bagi menambahkan lagi kegusaran PAS dengan sikap tidak acuh DAP kepada sokongan undi PAS kepada DAP adalah isu DAP membuka keahlian kepada bangsa melayu dan umat islam telah menambahkan pening kepala PAS.

6. Di arena politik siber juga tidak terkecuali, ramai sungguh pejuang PAS sendiri telah berpaling tadah kepada DAP , ramai melayu islam yg terpengaruh dengan sokongan PAS kepada DAP kini telah beeralih kepada DAP dan mengenepikan PAS yang dilihat semakin tidak bermaya.

7. Tindakan PAS yg terlampau menyokong DAP umpama senjata memakan tuan , bangsa melayu islam lebih berminat dgn DAP daripada PAS sendiri.

8. Inilah dilemma politik pas masakini , dan PRU 13 mungkin akan menampakkan ketakutan pas menjadi kenyataan.

9. Di dalam politik siber seperti FB , kumpulan pejuang PKR yang tidak jemu berhujah tentang isu hudud pas juga telah berpecah , tetapi yang anehnya mereka tidak pula menyertai PAS tetapi memilih DAP.

10. Ini kerana politik DAP lebih menarik minat mereka , bekas penyokong PKR lebih suka menunjukan minat politik mereka ke arah DAP daripada PAS.

11. Tidak dapat dinafikan. perkara ini semakin menjadi ikutan ataupun satu 'trend politik' di mana secara langsung telah membuktikan bahawa corak politik PAS sudah tidak diminati.

12. Secara amnya , penyokong PKR atau bekas penyokong PKR ini mempunyai mentaliti yang lebih moden, lebih reaslitik , dan lebih politik tulen.

13. Corak pemikiran yang sebegini sangat sesuai dengan politik DAP kerana itu , mereka lebih selesa dengan politik DAP, berbanding dengan politik PAS yang tidak selari dengan inspirasi dan pemikiran politik mereka.

14. Pemikiran 'cetek' politik PAS boleh dilihat daripada penghujahan pejuang politik di FB dimana mereka hanya terhad kepada topik-topik keagamaan dan isu moral sahaja, manakala pejuang politik PKR lebih kepada politik sebenar.

15.Mentaliti dan cara minda politik mereka terlalu jauh berbeza, di mana mentaliti PAS menolak pembangunan rakyat, hanya monolistik yang menumpukan ke arah politik kerohanian sahaja.

16. Sedangkan minda politik PKR dan DAP lebih kepada pembangunan rakyat dan isu sebenar yang dihadapi rakyat.

17. PAS juga tidak memperlihatkan agenda menasionalkan parti PAS dan perjuangan mereka, perjuangan politik pas terhad dikwns tradisi mereka shj , berbanding DAP dan PKR , politik mereka lebih bersifat nasionalistik .

18. Ini bermana , cita-cita politik PAS hanya terhad di persekitaran tradisi sahaja dan PAS sebenarnya tidak berani untuk melebarkan sayap politik mereka ke kawasan dan persekitaran yang lebih sesuai dengan politik hari ini .

19.Apa yang dilihat PAS sebenarnya tiada keyakinan politik spt komponen lain dlm pr, dan DAP tahu akan hal ini.

20.Oleh itu, perlahan-lahan pas sdg dlm proses dimatikan oleh dap !

(terima kasih bro Remington Steele, artikel ini digubah berdasarkan hujahan posting beliau di Parlimen FB)

No comments:

Post a Comment