Monday, October 24, 2011

Agenda politik Pakatan Rakyat ( PR) (Part 2)


1. Selain daripada itu, di Malaysia, perubahan 'sistem' amat tipis untuk berlaku kerana rakyat Malaysia tanpa mengira apa agama atau budaya mereka amat menitik beratkan ajaran mereka.

2.Mereka akan berfikir berkali-kali ganda untuk mengubah satu sistem yang membolehkan mereka menjalankan kehidupan mereka dengan aman tanpa megenepikan nilai2 adat dn tradisi .

3. Tidak semudah itu rakyat Malaysia memberikan persetujuan untuk menyokong sesuatu perubahan yang drastik dalam sistem politik di mana sangat selesa dan selamat.

4.Sebaiknya , setiap perancangan politik ttg apa apa perubahan wajar dibuat secara terang dn berdokumen agar perencanaan politik tersebut membabitkan rakyat jelata dn pengundi secara langsung.

5. Perubahan politik yg dirancang dan direncanakan oleh PR membabitkan sistem politik sebuah negara yang mana amat rumit dn kompleks.

6. Negara Malaysia yang aman dan makmur ini tidak patut dijadikan makmal politik ataupun 'trial n error R N D' politik PR.

7.Pertaruhannya terlalu besar dan terlalu berbahaya, serta implikasinya akan dirasai oleh generasi-generasi yang seterusnya.

8.Pengurusan risiko politik seperti ini perlu diberikan perhatian dan perencanaan yang teliti, seperti yg dikatakan , pertaruhannya membabitkan pembangunan negara dn kemajuan negara di masa akan datang. Perancangan yang 'sekadar melepaskan batuk di tangga' tidak boleh diterima pakai.

(Terima kasih Bro Remington Steele, sebahagian daripada pengisiannya adalah drp posting RS di Parlimen FB)

No comments:

Post a Comment