Sunday, October 23, 2011

Libya dan Mua'mmar Gaddafi (Part 3)




1. Kebencian kepada  Gaddafi oleh rakyatnya seperti juga Saddam memanglah berasas. Kedengaran juga oleh dunia luar betapa pemerintahan mereka  dari tahun ke tahun hingga di akhir pemerintahannya,  kuasa yang dimulai dengan 'revolusi'  bertukar bentuk kepada  kuku besi.

2. Laporan-laporan akhbar seluruh dunia banyak ,elaporkan layanan-layanan kejam  terhadap pihak penentang. Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana  perkara sebegini adalah lumrah di  dunia.  Arab,  Mesir, Syria, Sudan, Yaman, Iraq, Tunisia, Algeria dan negara-negara Arab lain juga melayan pembangkang mereka secara keras dan kejam.

3. Tidak ada satu pun negara Arab yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan mengadakan pilihan raya umum seperti mana amalan piawai dunia, dan di situlah barat mula 'meracuni' pemikiran anak-anak muda, bahawa demokrasi ala barat itu adalah yang terbaik.

4. Ditambah lagi dengan segala bentuk  indoktrinasi dan kelengkapan untuk memulakan satu bentuk 'pemberontakan' maka anak-anak muda ini telah melakukan tindakan yang diluar batas kemanusiaan, di atas nama demokrasi.

5. Sehinggakan segala kebaikan dan jasa seorang yang digelar 'diktator' dan 'oppressor' di humban begitu sahaja semata-mata mendengar janji-janji manis 'penjaja' demokrasi ala barat. Sifat mereka umpama mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan'; walhal 'air tempayan' tersebut jika 'dijaga' akan dapat tersu memastikan kesinambungan kehidupan selesa bagi generasi akan datang

6. Daripada senarai di bawah, anda sebagai pembaca dipersilakan untuk menilai sendiri apa yang tidak kena  dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Gaddafi, berdasarkan pemahaman anda tentang keadaan sosio-politik, ekonomi serta budaya negara tersebut:

a.Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

b.Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

c.Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba’.

d.Gaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Gaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

e.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

f.Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

g.Tidak ada bil elektrik di Libya.

h.Pendidikan adalah percuma

i.Kemudahan perubatan adalah percuma.

j.Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

k.Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

l.Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

m.Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

n.Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

o.Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

p.Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

q.Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

r.Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

s.Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Gaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

7. Jika dilihat daripada senarai di atas, Gaddafi telah berjaya membawa rakyatnya keluar daripada kepompong  barat sehingga mencapai satu tahap yang hebat, walaupun  ia tidak menepati acuan demokrasi ala-barat yang diagung-agungkan oleh golongan yang menyokong pembunuhan Gaddafi.

8. Dan Dunia barat, seperti yang kita ketahui, tidak akan senang hati jika dirasakan pihak yang menentang mereka itu kuat, dan  mampu untuk mempengaruhi negara lain. Apatah lagi yang mempunyai komoditi 'idaman' mereka yang bakal membantu meringankan beban kewangan negara mereka.

10. Apabila rakyat Libya memberontak, Amerika umpama 'orang mengantuk, disorongkan bantal' dengan pantas beserta dengan sekutu Eropahnya dengan senang hati campur tangan dalam urusan negara tersebut.

11. Dunia akan terus memerhati dan menilai serta meneka siapa pula yang akan menjadi 'mangsa' akibat ketamakkan kuasa barat untuk mendominasi 'black gold' di negara Timur Tengah.

12. Rakyat-rakyat negara tersebut merupakan 'secret weapon' barat untuk mendapatkan kuasa tanpa mereka sendiri sedari. Asakan demi asakan  propaganda membenci pemerintah akan diteruskan sehingga objektif tercapai, agar mudah bagi mereka utk merampas kuasa secara 'terhormat'.

13. Dan untuk menangani keadaan ini, hanya rakyat sahaja yang mampu untuk menepisnya. Jika mereka berjaya menepis asakan propaganda yang bertubi-tubi ini, negara dan segala 'khazanahnya' akan selamat.

14. Jika tidak, bersedialah rakyat dan negara untuk menerima nasib seperti Iraq dan Libya. hanya kerana angkara beberapa kerat sahaja rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintah, seluruh negara 'musnah' dan kkemusnahan itu entah bila akan kembali pulh.

(Terima kasih kepada Bro Kelab Bekas Ahli Umno (KBAU) kerana telah 'menyediakan' sebahagian bahan untuk penulisan ini)

No comments:

Post a Comment