Thursday, October 20, 2011

Isu Had Umur Persaraan Warga Emas

by Emma Harith on Tuesday, 11 October 2011 at 11:41
1. Pada pendapat peribadi Emma isu had umur persaraan ini wajarlah ditangani dgn berhemah krn kita tak mahu mempersia-siakan baik warga emas atau warga muda krn kedua-dua golongan ini adalah penyumbang tenaga kerja di Malaysia tanpa mengira jantina.

2. Sekiranya had umur persaraan warga emas diturunkan kembali, diharap mereka yang masih mahu mencurahkan khidmat bakti akan diambil secara kontrak ...spt yang dilakukan oleh organisasi swasta.
3. Terutamanaya para guru, pensyarah, doktor dn penjawat am yg memang diketahui mempunyai rekod cemerlang semasa berkhidmat sebelum bersara.
4. Ini kerana pengalaman mereka begitu berharga, dn kita org muda perlu 'menempuhi' sekurang-kurangnya 20 tahun utk mendapat pengalaman seperti mereka.
5. Dn cadangan Emma lain ialah agar mereka warga emas ini diberikan waktu kerja yg fleksibel dn jawatan/tugasan yg berpadanan dgn umur dn pengalaman mereka.
6. Pada emma, warga emas dn warga muda saling memerlukan antara satu sama lain, warga muda memerlukan pengalaman warga tua, dn warga tua pula memerlukan buah fikiran serta tenaga warga muda.
7. Mereka adalah umpama aur dgn tebing. Oleh itu di harap satu bentuk penyelesaian yang membawa kpd 'win-win' situation akan diambil oleh pihak kerajaan utk menganani isu ini.

No comments:

Post a Comment