Wednesday, October 26, 2011

Percaturan Pemimpin PR yang ‘membunuh’ PAS


by Emma Harith on Wednesday, 26 October 2011 at 23:33



1. Menjadi satu rahsia umum dimana barisan pemimpin utama PAS juga dikuasai oleh percaturan Anwar dan DAP , begitu juga senario diselangor .


2. Amat jelas PAS 'dimatikan' oleh DAP sendiri , DAP yang kuat dengan sokongan PAS pada mulanya kini sedang ‘membunuh’ PAS secara halus dalam terang.


3. Kejatuhan PAS sedang direka cipta oleh DAP sendiri apabila 'kekuatan' PAS ditarik masuk ke dalam DAP. 'Darah' PAS dihisap oleh DAP dengan rakusnya, tanpa mengenal belas kasihan.

4. Secara umum dn dlm realitinya , pas diasak setiap pelusuk oleh dap sendiri drpd pelbagai sudut percaturan PAS berkenaan DAP telah memakan diri mereka sendiri. PAS merasakan mereka bijak , tetapi mereka terbukti kurang cerdik.


5. Selera DAP pula terlalu besar terima kasih kepada PAS dan nyata cita-cita politik mereka, sehinggakan mereka berani ke kawasan PAS dan ke kawasan tradisi BN umno walaupun ia dikawasan melayu.


6.Malahan mereka begitu berani, sehinggakan mereka tanpa segan silu sanggup menggunakan ayat al quran sbg bahan kempen politik mereka walaupun mereka adalah kafir dan menolak islam.


7. Namun, demi untuk mencapai cita-cita politik mereka, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggunakan ayat al quran dlm kempen.


8. Ketidak ikhlasan DAP ini sebenarnya ditunjukkan dengan hanya menggunakan taktik tersebut di kawasan melayu sahaja, ia hanyalah sekadar ‘memancing’ undi melayu.


10. Malangnya PAS tidak pula menghalang atau menegur, malahan semakin menggalakkan DAP berterusan dengan taktik sebegitu.


11. Pun begitu , cita-cita politik DAP telah membuktikan bahawa mereka mahu meluaskan cengkaman dan pengaruh mereka.


12.Boleh dikatakan mereka kini sudah boleh dikatakan berjaya dan sudah tidak memerlukan PAS seperti mana mereka perlukannya dahulu.


13.PAS dgn DAP ibarat habis madu sepah dibuang, umpama sibuta mendapat tongkat dan sikudung mendapat cincin , dapat gading tanduk tak berguna lagi; begiitulah situasi antara PAS dan DAP , seperti mentimun dengan durian .


14. PAS bertanggungjwb membuka landasan sokongan bangsa melayu umat islam kpd DAP.


15. Oleh itu, ia bermakna PAS juga menyumbang kpd kebangkitan DAP sebagai kuasa besar politik dlm PR dan negara.


16. PAS ialah penyumbang besar kepada DAP dlm pembangunan dan evolusi politik DAP.


17. Dengan bantuan yang tidak 'berbelah bahagi' daripada PAS terbukti kini DAP sbg 1 parti nasional yg kuat lagi kukuh dn berwawasan utk takluki malaysia dengan ideologi politik dn agenda tersembunyi mereka.


18. Sungguh malang bagi orang-orang melayu, PAS memecah belahkan orang melayu demi DAP dengan harapan, mereka akan diterima dengan tangan terbuka oleh DAP dan para penyokong mereka.


19. DAP tidak boleh menafikan sumbangan PAS dlm hal ini dan mereka tidak boleh menafikan hakikat akan sumbangan politik PAS kepada mereka dalam hal ini, tetapi dalam pada masa yang sama DAP juga tidak menghargai PAS dalam hal ini.


20. DAP sudah tentu tidak mahu pas menjadikan mereka terhutang budi kepada DAP, dan sudah pasti tidak akan membuat situasi di mana pas boleh mendatangkan ancaman politik kepada DAP.


21. DAP sebagai satu parti yang telah lama 'bertumbuk dan bertendang' di gelanggang politik negara sudah pasti amat faham langkah percaturan yang perlu mereka lakukan untuk memastikan PAS senantiasa berada di bawah telunjuk mereka.


22. DAP akan terus berusaha utk mencari satu formula politik untuk megelakkan diri mereka daripada menjadi bahan ugutan politik PAS seperti yang DAP lakukan terhadap PKR. DAP harus terus menerus melemahkan PAS dan matikan segala pengaruh PAS dengan apa jua cara sekalipun.


23. DAP terbukti lebih biijak dan tidak berperikemanusiaan dalam hal seperti ini dan kesanggupan DAP untuk mengkianati PAS tidak diragui.


24. Kegamakan dan kekejaman DAP untuk merosakan PAS sehingga PAS tidak mampu untuk 'mengangkat muka dan mendatangkan apa juga ancaman kepada mereka sedang dan telah dilakukan, dan pastinya ia dilakukan demi survival politik DAP sendiri.


25. Sebab itu kini, DAP sudah tidak perlu berkempen menarik pengundi baru dengan agresif , sebaliknya , mereka lebih agresif menarik ahli bangsa melayu Islam ke dalam parti DAP mereka , sifat bangsa DAP yang kemaruk dengan kuasa mutlak terbukti ribuan tahun, Mereka tidak akan berhenti selagi kuasal 'total' tidak berada di tangan mereka.
· · · Share · Delete

No comments:

Post a Comment