Sunday, October 23, 2011

Libya dan Mua'mmar Gaddafi (Part 2)

1. Amatlah malang, apabila 'jasa-jasa' Gaddafi dalam memastikan rakyatnya hidup dengan aman dan makmur tanpa perlu berkiblatkan demokrasi ala-barat  dilupakan.

2. Lebih  buruk dan jelek  lagi apabila mayatnya diperlakukan dengan hina semata-mata kerana mahu menunjukkan rasa bangga segolongan rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah barat, kononnya seorang pemimpin yang 'jahat' telah berjaya dihapuskan sendiri oleh mereka.

3. Mereka lupa bahawa demokrasi yang dibawa daripada barat itu tidak semestinya sesuai dengan 'selera tempatan'.

4.  Tetapi kerana dek termakan hasutan dan 'pancinagan demokrasi'  golongan yang hendak mengambil 'kesempatan' terhadap ketidakpuasan hati mereka , seorang  pemimpin yang 'baik' dan sesuai untuk mereka mereka gulingkan dengan gah sekali.

5. Yang menjadi tanda tanya selepas kematian Gaddafi ialah' What's next'? adakah Libya akan terus seperti sedia kala, bertambah baik atau bertambah buruk? Bagaimana pula impaknya terhadap keadaan ekonomi global, terutamanya pasaran harga minyak dunia?

6. Dunia, lebih-lebih lagi Dunia Islam tertanya-tanya  dalam kengerian, apakah selepas ini Libya akan mendapat seorang pemimpin yang tegas seperti Gaddaffi? Walaupun cara pemerintahannya tidak selari dengan acuan barat, namun beliau  telah berjaya membawa Libya ke arah kemakmuran dan memelihara 'maruah' negara.

7. Dengan 'kehilangan' Gaddafi, bumi Libya dilihat bakal ditarah-tarah dan di bahagi-bahagikan seperti harta rampasan perang  oleh para 'pemenang' politik dan 'pemain' spekulasi  pasaran bebas dengan sesuka hati, seperti yang berlaku di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussin.

8. Walaupun semasa hayatnya Saddam seperti juga Gaddafi secara terang-terangan menunjukkan keberanian menentang regim zionis yang menjadi duri kepada keamanan di Asia Barat serta  sekutu kuat kerajaan Amerika, namun di mata segelintir rakyat, kedua-dua pemimpin itu zalim dan demokrasi ala-barat wajar ditegakkan di negara-negara tersebut.

9. Walaupun kewajaran demokrasi ala-barat itu adalah samar-samar dan tidak diketahui keseuaiannya dengan norma dan budaya amalan masyarat negara tersebut.

9. Selain daripada itu, ketika Iraq diserang atas alasan senjata nuklear Iraq bakal memusnahkan dunia,   ekonomi negara Amerika begitu tenat dengan hutang yang melebihi 8 Trillion USD, dan rakyat Amerika tidak akan mampu untuk membayarnya walaupun 100 tahun lagi, dan jalan pintasnya adalah pengambilalihan 'black gold' daripada  Irag.

10. Kini apabila  ekonomi dunia merundum kembali formula tersebut digunapakai sekali lagi oleh Amerika dan sekutu,  dan yang menjadi sasaran  mereka ialah Libya.

11. Hakikat bahawa kuasa-kuasa Barat telah memasuki Libya dan membantu penentang-penentang Gaddafi secara aktif adalah suatu yang tidak menghairankan.

11. Presiden Barack Obama sendiri pun telah menyatakan pendiriannya bahawa 'kejayaan' demokrasi di Iraq dan Libya adalah manifestasi kejayaan Dasar Luar Amerika.

12. Pengumuman itu  tentunya membuatkan  para opportunis daripada Amerika ketika ini sibuk membuat 'tawar-menawar' dengan 'pemerintah baru' Libya untuk mendapat secubit 'keuntungan daripada kematian Muammar Gaddafi pula.

(Terima kasih kepada Bro Kelab Bekas Ahli Umno (KBAU) kerana telah 'menyediakan' sebahagian bahan untuk penulisan ini)

No comments:

Post a Comment