Thursday, October 20, 2011

Politik, parti dn pengikut mereka yg lebih Islamik dari org lain

by Emma Harith on Sunday, 16 October 2011 at 18:04
1. sangat menghairankan apabila segelintir pemimin dn penyokong yang kononnya lebih islamik drp org lain mengatakan politik adalah sebahagian drp amalan islam, namun corak politik yang mereka amalkan tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman yg mereka gembar-gemburkan.

2. Mereka lebih banyak menggunakan politik tohmahan dn fitnah terhadap pihak lawan mereka, dan mempermainkan sentimen rakyat dengan pelbagai2 isu yg telah disuntik dengan elemen kebencian agar kekurangan mereka dlm menyediakan 'produk politik' dapat di tutup dn tidak ditanya oleh rakyat.

3. Apa yang dilihat, semakin bahang pilihanraya dikatakan makin hampir, para pemimpin politik tersebut semakin galak mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang mengikut perasaan dn nafsu, sehingga mereka tidak takut untuk menabur fitnah dn janji2 kepada rakyat, yg mereka sendiri tahu tidak akan dapat ditunaikan.

4. yang lebih buruk lagi, ada juga antara mereka dn 'rakan2' mereka yang mempergunakan Al-quran semata-mata mahu mendapat perhatian rakyat, terutamanya orang melayu, walaupun pemimpin tertinggi mereka pernah berkata bahawa dia 'malu jadi melayu'.

5. Pelbagai taektik digunakan oleh mereka dgn bertopengkan agama demi utk meraih populariti dn undi, tanpa memikirkan tentang implikasi tindakan mereka tersebut terhadap umat islam khasnya, dn negara amnya.

6. Hanya kerana mahu menjadi pemerintah dn gila kuasa, mereka sanggup mengenepikan suruhan menyatu padukan umat,dan 'menggadaikan' apa shj asalkan tindakan mereka untuk menjadi pemerintah akan diselarikan dgn rakan2lain yg lebih dominan dn berkuasa berbanding mereka.

7. Oleh itu, para pemimpin dan penyokong parti yang merasakan diri mereka lebih islamik drp org lain harus ingat,jika islam itu dipandang jelek di mata dunia, ia adalah kerana anda. bukah salah org lain, jika mengatakan islam itu agama perpecahan, gama adu domba, agama fitnah menfitnah, agama caci maki dn penuh carutan dll. Adakah sifat ini dapat meyakinkan org2 bukan islam bahawa islam itu agama terbaik dn agama perpaduan?

8. Jika diperkata pula dari segi adil, adakah sifat2 tersebut menunjukkan sifat2 individu yang berpegang kepada konsep keadilan yg selanjar dgn islam

No comments:

Post a Comment