Monday, October 24, 2011

Agenda politik Pakatan Rakyat ( PR) (Part 1)



1. Apa yang jelas dilihat pada ketika ini, persediaan politik Pakatan Rakyat untuk agenda 'mengubah' kerajaan yang sedia ada masih kabur dan samar-samar.

2.Rakyat masih tidak tahu arah tuju yang mereka mahu bawa negara ini, oleh itu adalah menjadi sesuatu yang rasional dan wajar jika politik PR masih diragui dan boleh dipertikaikan.

3.Masakan tidak, mereka masih menyembunyikan agenda sebenar mereka dan tidak berani memaparkannya untuk dinilai oleh rakyat jelata.

4. Jika benar agenda politik perubahan mereka mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara, mereka tidak sepatutnya takut untuk memaparkan perancangan politik mereka.

5.PR seharusnya berani berdepan dengan persoalan rakyat mengenai perancangan agenda politik mereka untuk negara kita, dan bertanggungjawab haruslah bertanggung jawab terhadap perkara ini.

6.Negara dan rakyat Malaysia sbenarnya tiada sebab yang kukuh untuk merubah sistem politiknya daripada apa yang adahari ini.

7.Persekitaran politik dan ekonomi yang stabil dan sihat tidak memerlukan sebnarang penambahan atau perubahan yang drastik.

8. Walaupun jika pihak PR berkata perubahan tersebut akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang ia masih tidak realistik kerana untuk mengubah sesebuah 'sistem', ia mestilah telah 'musnah' secara keseluruhan, dan terbukti 'sistem' politik yang sedia ada sekarang adalah antara yg paling kukuh dan yang paling baik, kerana ia berlandaskan realiti lanskap kehidupan tempatan.

(Terima kasih Bro Remington Steele (RS) , sebahagian daripada pengisiannya adalah drp posting RS di Parlimen FB)

No comments:

Post a Comment