Sunday, October 23, 2011

Libya dan Mua'mmar Gaddafi (Part 1)

1. Libya dan Mua'mmar Gaddafi begitu sinonim sejak 1 September 1969, apabila Revolusi Libya berlaku, dan Raja Idris di gulingkan daripada tahta. sejak itu, beliau terus 'mewarnai' senario  politik Timur Tengah  dan seterusnya  menjadi sebahagian daripada lembaran politik dunia.

2. Kelantangannya bersuara dan 'memberontak' terhadap kuasa barat tidak pernah dilupakan.

3. Beliau dengan lantang mengkritik piagam bangsa-bangsa bersatu yang jelas berpihak kepada barat semasa berucap di Perhimpunan Bangsa-bangsa bersatu mencatatkan sejarah dan terus menjadikan beliau seorang 'bad boy' dimata kuasa-kuasa barat, sehinggakan Libya telah  'dipulaukan' oleh mereka dengan harapan Libya akan meminta maaf atas keterlanjuran bicara  Gaddafi.

3. Namun, ia tidak berlaku, seperti yang dijangkakan,  beliau telah menggunakan kesempatan 'pemulauan' tersebut untuk membangunkan Libya mengikut 'acuan'nya sendiri tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar.

4. Segalanyanya dilakukan tanpa menghiraukan ancaman-ancaman sekatan dari dunia barat terutamanaya sekatan ekonomi yang kononnya bakal membuatkan Libya menjadi negara yang 'muflis'.

5. Kedegilan Gaddafi untuk tidak akur kepada kehendak Barat akhirnya berbalas, Bank Dunia telah mendefinasikan Libya sebagai 'Upper Middle Income Economy'  bersama tujuh negara afrika lain  dan pada awal tahun 1980-an Libya adalah antara negara yang terkaya dengan GDP per capita yang melebihi negara membangun seperti Itali, Singapura, Korea Selatan, Spanyol dan New zealand.

6.Pada tahun 2009 pula, Libya mempunya nilai HDI yang tertinggi di Afrika  dan yang je empat tertinggi GDP per capita di Afrika, di belakang Seychelles, Equatorial, Guinea dan Gabon serta merupakan takungan minyak yang ke -10 terbesar di dunia, serta pengeluar petroleum ke -17 tertinggi.


(Terima kasih kepada Bro Kelab Bekas Ahli Umno (KBAU)  kerana telah 'menyediakan' sebahagian bahan untuk penulisan ini)

No comments:

Post a Comment