Friday, October 14, 2011

Kerugian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia

1. Pada pandangan saya, adalah satu kerugian kepada rakyat Malaysia apabila mereka yang bijak pandai lebih suka bersikap berkecuali apabila dihadapkan dengan persoalan senario politik negara.

2. Hal ini bukan sahaja berlaku dipihak kerajaan, malahan ia juga berlaku di pihak pembangkang, padahal di kedua-dua pihak terdiri daripada ramai golongan profesional; doktor, peguam, jurutera dan ahli perniagaan.

3. Mereka umpama tidak berminat untuk bersama-sama mencurahkan idea bagaimana untuk menjadikan negara Malaysia ini lebih baik dan makmur.

4. Sepatutnya, di waktu kemelesetan ekonomi global ini, kita patut melihat para bijak pandai daripada kedua-dua parti, mengemukakan cadangan atau cara untuk 'membaik pulih' keadaan negara.

5. tetapi apa yang terjadi sekarang, pihak pembangkang asyik menunmding jari menyatakan kerajaan buat itu dan ini semua salah, dan hanya menimbulkan isu-isu yang lebih banyak bersifat menghasut dan menanamkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

6. Perlakuan itu sepatutnya digantikan dengan membentangkan 'produk politik' kepada rakyat jelata agar mereka boleh menilai pembangkang bukan berdasarkan maki hamun terhadap kerajaan, tetapi daripada segi intelek dan kelayakan mereka untuk mentadbir negara.

7. Bagaimana lagi mereka mahu menjadi 'check and balance'? Jika itu pun tidak boleh dilakukan, apakah nilai mereka sebagai pembangkang? Hanya mendapat 'gaji' daripada kerajaan untuk membangkang, sedangkan fungsi mereka ialah untuk 'memastikan' kerajaan telah menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat.

8. Pihak yang berada di dalam kerajaan pula janganlah mengambil kemenangan yang lepas itu sambil lewa, sehinggakan terlupa bahawa rakyat Malaysia semakin lama, semakin matang dalam berpolitik.

9. Penilaian rakyat bukan setakat apa yang 'telah' kerajaan buat, tetapi apa yang kerajaan 'akan' buat, dan jika apa yang telah dibentangkan semasa BAJET tempohari kebanyakannya adalah baik.

Cuma diharapkan, ia akan dilaksanakan dan bukan hanya 'lip service'.




No comments:

Post a Comment