Friday, October 21, 2011

Sikap PAS (Part 2)



1. Polisi-polisi flip-flop yang dikatakan bakal dilaksanakan oleh PAS telah memberi tempias kpd PR, sehinggakan PR dilihat sebagai satu Pakatan yang rapuh. Di mana, satu pihak dalam PAS dilihat mahu 'menjadi sebahagian' daripada PR, dn sebahagian pula dilihat 'menjauhi' DAP, sedangkan PAS tahu bahawa DAP merupakan 'tunggak' utama di dalam PR berdasarkan kemenangan kerusi tertinggi daripada PR adalah daripada DAP.

2. Sikap sebahagian daripada kepimpinan PAS yang dilihat cuba 'menjauhkan' diri daripada DAP dilihat sebagai satu langkah yang kurang bijak oleh bukan melayu dn melayu liberal yang didokongi oleh PKR terutamanya menjelang PRU 13.

3. Dalam PRU 12, pengundi-pengundi tersebut telah 'memberi peluang' kepada PAS semata-mata mahu melihat tindak-tanduk PAS sama ada mereka akan 'mengubah' cara mereka dn boleh bersama-sama selangkah dn seiringan dgn rakan-rakan PR yg lain.

4. Tetapi, apa yang dilihat sekarang sikap PAS begitu 'tamak'. Mereka mahukan undi daripada melayu liberal dn bukan melayu serta melayu tradisional, dimana diketahui kedua-dua kelompok ini adalah berbeza daripada pandangan pemikran politik mereka.

5. Sedangkan PAS tahu, mereka 'tidak mungkin' akan dapat kedua-duanya, terutama jika mereka bersikap flip-flop dn 'double standard' begini.

6. Contoh yang paling ketara ialah Kedah dn Kelantan, sedangkan kedua-dua negari adalah ditadbir oleh kerajaan PR dn Menteri Besar adalah daripada parti PAS, namun kedua-duanya adalah berbeza. Namun, persamaan kedua-dua negeri tersebut, tiada polisi yang mampu 'membuktikan' bahawa PAS boleh menjadi satu entiti pemerintah bagi negara Malaysia yang berjaya.

7. Selain daripada itu, sikap bermuka-muka PAS juga boleh dilihat dgn memberikan kebenaran Pemuda PAS, di bawah Nasrudin HassanTantawi menyertai HIMPUN, tetapi pada masa yang sama 'mengharamkan' kelompok lain dalam PAS semata-mata untuk memuaskan hati kumpulan kristian yang diketahui 'ramai' di dalam PR, yang tidak begitu senang dgn perhimpunan tersebut.

8. Polisi PAS yang bertukar-tukar, menyukarkan DAP untuk meyakinkan penyokong berbangsa cina yang konservatif bahawa PAS telah berubah dn dapat bekerjasama dgn DAP dn PKR.

No comments:

Post a Comment