Friday, October 21, 2011

Sikap PAS (Part 3)



1. Pada 1990. DAP dan PAS tidak dapat meneruskan 'persahabatan' kerana isu hudud dn bbrapa isu polisi PAS yang lain.

2. Tetapi, pada 2008, Anwar Ibrahim telah 'berjaya' memujuk rayu DAP dn PAS untuk membentuk satu perikatan longgar yg dikenali sekarang sbagai Pakatan Rakyat.

3. PAS terus memainkan peranan mereka dengan 'berpura-pura' bersikap liberal dgn mengetengahkan agenda 'negara berkebajikan' dan meletakkan pemimpin-pemimpin yang dilihat lebih liberal seperti Mat Sabu, sbagai Timbalan Presiden.

4. Percaturan tersebut dilihat tidak disenangi oleh kebanyakan penyokong 'hardcore' PAS, dn dilihat ada 'pihak' di dalam PAS itu sendiri sedang cuba untuk 'menguasai' polisi PAS serta mengetepikan 'perjanjian-perjanjian' yang telah dimeterai dengan rakan PR yang lain.

5. Selain daripada itu, golongan konservatif didalam PAS juga telah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim, yang dahulunya dilihat sebgai 'magnet' untuk undi Melayu baik melayu tradisional ataupun melayu liberal.

6.Namun, dengan semakin hampirnya anwar dengan 'sodomy 2', mereka merasakan tiada gunanya menggantung harapan kepada Anwar Ibrahim, kerana dia mungkin akan didapai bersalah, dn kemudian dipenjarakan.

7. Undi daripada golongan bukan melayu, dn melayu liberal 'mungkin' masih ada lagi untuk Anwar Ibrahim, tetapi undi daripada melayu traditional dn melayu serta bukan melayu atas pagar jauh berkurangan.

8. Kerana itulah dikatakan , PAS mengambil jalan 'pintas' kembali kepada polisi-polisi yang bertentangan dgn 'perjanjian' yang telah mereka menterai bersama dgn rakan-rakan dalam PR semata-mata untuk mendapatkan undi, sebelum mereka terus kehilangan sokongan daripada mereka yang selama ini mereka anggap 'tidak bijak' kerana lebih menggemari polisi keterbukaan yang diamalkan secara konsisten oleh umno.

No comments:

Post a Comment