Thursday, April 11, 2013

Pengajaran dari keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka (Part 2)


Pengajaran dari keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka (Part 2)
=============================

1. Kebangkitan dan kejayaan Islam hanya membuat Eropah menjadi lebih lapar untuk maju dan berjaya.

2. Pertama, kekalahan awal Eropah kepada tentera Islam membataskan laluan perdagangan mereka dengan dunia lain menerusi jalan darat.

3. Kekurangan ini mendorong Eropah membina daya saing perkapalan, termasuk teknologi meriam.

4. Kejayaan pelayar Portugis, Vasco da Gama, menemui laluan baru ke Timur (India) melalui Cape of Good Hope di Afrika Selatan merintis usaha penguasaan Eropah menjadi kuasa penjajah dalam menguasai perdagangan di Asia Tenggara.

5. Kedua, raja-raja Eropah berlumba-lumba menguasai dagangan ke negara-negara di Timur dengan niat meluaskan penaklukan.

6. Dengan dasar ini, misi dagangan menjadi misi menjajah dan perlu disediakan dengan kelengkapan tentera yang cukup.

7. Ketiga, kemenangan demi kemenangan ke atas saingan mereka menimbulkan sikap di Dunia Islam bahawa mereka tidak perlukan apa-apa dari Eropah yang terus dianggap sebagai masyarakat jahil.

8. Kebetulan juga, terdapat keperluan yang lebih besar bagi Eropah untuk datang ke Dunia Islam daripada sebaliknya.

9. Usaha sarjana Eropah meneroka sains dan sikap masyarakat pedagangnya untuk mengembangkan semangat kapitalisme telah memacu zaman kebangkitan (Rennaissance).

10. Terdahulu, Eropah berada dalam zaman kegelapan kerana cengkaman kuasa gereja yang melihat kemajuan sains sebagai antiagama.

11. Sebaliknya di Dunia Islam, tiada usaha menghantar sarjana Islam agar mengikuti perkembangan terbaru di Eropah.

12.  Para diplomat Dunia Islam juga memilih untuk tidak menetap di Eropah.

13. Semua itu banyak merugikan Dunia Islam kemudiannya, terutama selepas abad ke-18, apabila Eropah semakin kuat dan meraih beberapa kemenangan dalam peperangan melawan pihak Islam.

14. Dalam perundingan diplomatik lepas perang, Dunia Islam terasa lemah kerana bukan sahaja tidak mengerti bahasa Eropah, bahkan tidak berkemahiran menguasai amalan perundangan Eropah akibat tidak punya kepakaran sendiri.

15. Ternyata sikap tertutup atau menutup diri Dunia Muslim telah membawa padah.

16. Sebaliknya, Eropah telah belajar betapa tewas di medan perang akan melemahkan penguasaan di bidang dagangan dan seterusnya ketinggalan di bidang keilmuan dan sains.

17. Daripada pengalaman itu mereka belajar untuk bangkit semula.
Dengan menggunakan teknologi baru, mereka kembali kuat dan semakin memenangi peperangan dengan kuasa-kuasa Islam.

18. Dengan kemenangan itu mereka kembali menguasai dagangan dunia, penemuan sains dan teknologi dan sebagainya.

19. Ternyata rangsangan semangat yang diperolehi dari Dunia Islam telah membolehkan Eropah bangkit secara konsisten dan meraih pelbagai penemuan baru.

20. Jalur pengalaman ini dicedok pula oleh Jepun yang gigih mempelajarinya daripada Eropah dan kemudian bangkit sebagai kuasa Asia Timur yang terawal bertaraf negara perusahaan.

Dapatkah Dunia Islam bangkit semula?

Sumber : Buku sejarah sekolah menengah

No comments:

Post a Comment