Wednesday, April 3, 2013

Adakah PAS 'transform' atau 'reform' pada PRU 13 ini?

Adakah PAS 'transform' atau 'reform' pada PRU 13 ini?
================

1. PAS telah mengambil langkah pertama dengan mengubah landasan perjuangannya, dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka.

2. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walaupun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.

3. Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.

4. Namun pucuk pimpinan PAS kini dilihat tidak mementingkan langsung kesan dn akibat 'perubahan' tersebut, pada mereka hanya tampuk kuasa pemerintahan negara yg jadi igauan.

5. Umum mengetahui yg presiden pas di janjikan jawatan TPM, namun akar umbi pas sbnarnya merasa kecewa krnm merasakan presiden mereka lbih layak, berbanding de facto leader pmbngkang, ataupun 'godfather' pmbngkang.

6. Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri, itu persoalan yg perlu di tanya oleh kepimpinan dn akar umbi yg prihatin dgn PAS yg semakin kusam dn tak bermaya dlm pmbngkang.

7. PAS dilihat sbgai alas kaki, dn bukannya sbgai 'pejuang' spt zaman arwah Fadhil Noor satu ketika dulu.

8. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana kononnya mem perjuangkan Islam.

9. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hak Melayu.

10. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO, bukan lagi sebuah Parti Islam.

11. Namun, 'kebajikan' yg di war-warkan oleh PAS sbnarnya lebih kepada 'kebajikan' kepada rakan pmbngkang yg lain, dn bukannya kpd akar umbi mereka sendiri apetah lagi kpd rakyat Malaysia amnya.

12. Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini.

13. Ia sudah pasti akan berlaku kerana sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) amat 'marah' dn kecewa krn merasakan PAS menjadi 'pak turut' kepada DAP terutamanya, dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008.

14. Dn tentu skali, PAS tidak akan mendapat undi melayu yg lain terutama pnyokong melayu DAP dn PKR kecualilah sektor undi melayu pembngkang yg 'bersimpati' kpd PAS.

15. Di lihat, sebarang usaha PAS hendak menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat akan pula terhalang oleh cara pengagihan krusi parti parti komponan Pakatan Rakyat itu sendiri.

16 Dijangka PAS hanya bertanding dalam kira kira 80 kerusi parlimen sahaja dn jumlah tersebut juga di ura-urakan akan di bahagi-bahagikan antara ahli PAS, DAP dn DHPP, mnyebabkan akar umbi mnjadi resah mengira berapa agaknya yg benar2 mnjadi kerusi 'kepunyaan PAS'.

17. PAS yg bercampur-campur ini terpaksa pula berhadapan dengan Parti UMNO, yang kelihatan lbih konsisten ttg dasar perjuanagannya, dn mnjadi pilihan org melayu.

18. Dengan keadaan demikianadalah mustahil bagi PAS untuk mengatasi kekuatan DAP dalam Parlimen selepas PRU 13, lebih-lebih lagi, spt yg kita tahu dlm PKR 'paksi' yang mnyokong DAP adalah lbih ramai berbanding dgn yg mnyokong PAS.

19. Jika kita teliti kembali corak pengundian yang lepas, undi Melayu untuk UMNO di atas pagar adalah dalam lingkungan 10%, dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO yang terburuk sekalipun.

20. Inikan pula dalam suasana politik Melayu dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN, sudah pasti pas akan 'tercorot' dn tidak akan mampu mengangkat muka atau menjeling kpd DAP.

21. hanya dgn satu 'kerlingan tajam' daripada DAP , PAS sudah pasti terpaksa sengap dn mngangguk dek kerana DAP lbih dominan.

22. Jika corak pengundian setiap kaum di Sarawak dan di beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini dijadikan ukuran, kita nampak pengundi Melayu telah mulai beralih kembali kepada Barisan Nasional, akibat polarisasi kaum Cina di belakang DAP.

23. Keadaan ini membayangkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan untuk mengekal kuasa politik Melayu/Bumiputera yang sedia ada.

24. Apalagi ketika timbulnya isu murtad yang kini mulai diyakini sebagai ada kebenarannya dan berpotensi menjadi ancaman kepada aqidah masyarakat Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment