Wednesday, April 3, 2013

Orang muda sokong umno

Orang muda sokong umno bn...mereka suka akan politik progresif...bukan politik maki hamun....mereka mahukan masa depan yg cemerlang...bukan masa depan yg penuh dgn huru hara dn demonstrasi...
====================
Mahasiswa ikrar berdiri di belakang Najib, sokong BN

Golongan mahasiswa berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Siswa4U, sebuah pertubuhan yang terdiri daripada lebih 500 pemimpin mahasiswa berbilang kaum daripada semua institusi pengajian tinggi (IPT) turut berjanji akan membantu Najib dalam meyakinkan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada beliau dan barisan pimpinannya.

Pengerusinya, Mohd. Hafiz Ariffin berkata, pertubuhan tersebut akan menganjurkan pelbagai program dalam usaha mendekati golongan mahasiswa yang merupakan kuasa pemilih utama pada pilihan raya umum kali ini.

"Selepas meneliti pelbagai aspek, Siswa4U berpandangan kami mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Perdana Menteri dan calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13.

"Siswa4U akan terlibat sepenuhnya sebagai jentera dan jika ada ruangan yang sesuai, kami berharap dapat diberikan peranan yang signifikan dalam membantu kempen pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hafiz, agenda transformasi yang dijalankan Najib menunjukkan iltizam pemimpin nombor satu negara itu dalam melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap negara, kerajaan dan parti sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan.

No comments:

Post a Comment