Wednesday, April 3, 2013

'Kesetiaan' pengundi Melayu terhadap UMNO

'Kesetiaan' pengundi Melayu terhadap UMNO
===================

1. Jika mengikut analisis kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995, apa yang di dapati menunjukkan masyarakat Melayu memberi kesetiaan yang cukup teguh kepada UMNO.

2. sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia, umno tetap menjadi pilihan krn dasarnya slama ini bukan shj konsisten tetapi 'memelihara' kepentingan melayu tanpa mengenepikan hak-hak dn kepentingan kaum-kaum lain.

3. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu, malahan PAS yg mungkin akan 'terkubur' di sebabkan hala tujunya yg lebih 'mirip' kpd DAP, sehinggakan PAS boleh di katakan sbgai 'sayap' DAP dn bukannya sebuah parti yg 'tersendiri'.

4. Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan lagi perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi Parti DAP dalam Pakatan Rakyat.

5. Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti komponan yang dominan.

6. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang dihadapi akibat suasana sedemikian. 

7. Pertama kemampuan kita mempertahan hak Melayu dan kedudukan Agama Islam yang ada sekarang akan luntur.

8. Kedua, dengan status yang lebih dominan, mungkin timbul desakan desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya serta menambah kerusi untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita sanggup berhadapan dengan risiko risiko ini?

9. Pada ketika ini pun mereka sudah berjaya 'menjajah' PAS secara terhormat apabila 'permintaan ' kit siang utk bertanding di bawah lambang PAS dialu-alukan oleh kepimpinan PAS.

10. Ketiga, Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan mungkin juga sebagai PM jika sesuatu yang buruk menimpa Perdana Menteri, yang kononnya akan di sandang oleh Anwar Ibrahim.

11. Di mana kita semua sedia maklum, de facto leader pembngkang ini mempunyai seribu satu masalah, yang boleh di jadikan 'modal' oleh DAP utk 'merampas' kuasa secara terhormat.

12. Malah, sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat, DAP berhak dan berkemampuan menentukan beliau atau anak beliau, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika mereka berkuasa.[ Utusan Malaysia bertarikh 15 Septermber 2011 dalam ruang Isu Isu akhbar Cina memetik akhbar Nanyang Siang Pau sebagai melaporkan pengerusi DAP Negeri Sembilan, Lock Siew Fook sebagai berharap DAP dapat menubuhkan Kerajaan selepas PRU 13 dengan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.]

13. Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. 

14. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain.

15. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.

16. Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini, kerana itu hasil daripada tinjauan tinjauan pendapat menampakkan mereka kini yakin yang hanya Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum mereka.

No comments:

Post a Comment