Sunday, April 7, 2013

Islam yg di perjuangkan umno dn disokong komponen bn


Islam yg di perjuangkan umno dn disokong komponen bn
===========

1.  Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO jelas menggariskan matlamat dan dasar Parti ialah "Menegak, Mempertahankan dan Mengembangkan Ajaran Islam".

2. Benar, perlaksannaan  memang belum sempurna dan masih banyak penambahbaikan boleh dilakukan dlm konteks perlaksanaan Syariat Islam di Malaysia tapi untuk menafikan sumbangan UMNO dlm memartabatkan syiar dan syariat Islam selama 55 tahun adalah tidak adil.

3. Dari segi pendidikan, aspek penerapan nilai2 Islam yg dilakukan melalui KBSR dan KBSM dulu telah melahirkan generasi hari ini yg celik dan berkesedaran agama.

4. JQAF dan KAFA bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada lebih 46,000 luluskan agama bahkan memastikan anak2 dibangunkan dengan Al-Quran, Fardu Ain, Jawi dan Bahasa Arab.

5.  Di Peringkat Universiti, UIA, USIM dan terbaru Universiti Islam Malaysia dibangunkan dengan peruntukan ratusan juta ringgit bagi mengembangkan lagi generasi intellectual Islam pelapis kepimpinan Negara.

6. Dari segi ekonomi, kerajaan UMNO lah yang memperkenalkan Institusi Kewangan Islam pertama iaitu Tabung Haji pada 1962 hinggalah penubuhan Sistem perbankan Islam dan TAKAFUL yg paling komprehensif di dunia bahkan diiktiraf di Peringkat antarabangsa hingga kini.

7.  Sistem zakat Negara juga diiktiraf dunia termasuk Saudi sebagai yang terbaik, malah dicemburui oleh DAP kerana siapa yang bayar zakat akan ditolak terus jumlah keseluruhannya daripada cukai pendapatan yg perlu dibayar.

8. Dari segi perundangan, Sistem Mahkamah Syariah telah dinafikan taraf seiring dgn Mahkamah Sivil.

9. Malah Jawatankuasa ditubuhkan untuk menilai akta2 dan undang2 yg perlu digubah atau dirombak yang bercanggah dengan Syariah. Gred2 gaji juga dipertingkatkan.

10. Dari segi pengembangan dan pengukuhan agama Islam, kerajaan menyediakan Bajet khas dan mempunyai kementerian khas menjaga hal ehwal Islam khususnya peranan JAKIM dan agensi2 dakwah dibawahnya termasuklah peranan PERKIM amat besar.

11. Tidak ramai yang Mengetahui (kerana sensitif) hakikatnya insensitif berupa wang diberikan kepada setiap saudara baru melalui PERKIM. Para imam, Bilal dan tok siak digajikan terus oleh kerajaan.

12. Malah aktiviti2 Islam begitu subur dijalankan samaada secara formal melalui media2 massa khusus seperti TVHIJRAH, RADIO IKIM dll mahupun tidak formal. Bahkan NGO2 Islam seperti ABIM, PKPIM juga menerima peruntukan pentadbiran tahunan malah diongkosi kerajaan UMNO utk aktiviti2 yg dianjurkan.

13. Ini hanyalah sebahagian coretan ringkas yg dapat diberikan bahkan banyak lagi utk membuktikan bahawa UMNO tidak menolak Islam apatah lagi nak menuduh sebagai SEKULAR.

14. Tengok sahaja Turki yg jelas meletakkan dalam perlembagaannya sebagai Sekular, walaupun rakyat hampir 98% Islam, tapi nak perkenalkan bank Islam pun tidak boleh bahkan di Universiti2 tidak dibenarkan wujud fakulti Syariah. Yang ada hanya fakulti Teologi yg kalau nak mengajar Syariah kena ajar subjek agama2 lain.

- Kredit Fadley.

No comments:

Post a Comment