Friday, November 11, 2011

Kebebasan bersuara di era PM Najib


‎1. Ku Li kata pada masa sekarang sukar untuk ahli2 parti menyuarakan pendapat mereka...kerana itu NGO AMANAH ditubuhkan..

2. Pada Emma, pada waktu ini, di masa PM Najib menjadi presiden Parti dn Perdana Menteri Malaysia lebih mudah untuk rakyat Malaysia, bukan shj ahli umno utk memberikan pendapat dan meluahkan ketdak puasan hati mereka...

3. Berbanding dengan pembangkang yang begitu gemar untuk mengenakan 'gag order' dasar-dasar PM Najib begitu terbuka, dn keterbukaan tersebut dapat dilihat drp segi hubungan PM Najib dn rakyak Malaysia.

4. Selain drp secara realiti, rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik mereka boleh shj berkomen bukan shj di twitter, di FB malahan di website PM Najib sendiri.

5. Dan jangan lupa, rakyat Malaysia, boleh kata apa shj, baik dlm dunia maya atau dunia realiti, samada memuji atau mengeji PM Najib dan apa shj yg berkaitan dgn kepimpinan dan kehidupan beliau, dn masih tidak ikenakan sebarang tindakan selagi tidak melanggar perundangan negara.

6. Adakah itu masih tidak mencukupi?

7. Kebebasan bersuara sebagaimana lagi yg dimahukan oleh Ku Li?

8. Sekiranya pemimpin tertinggi juga masih boleh tersenyum apabila di kritik, tidakkah itu menunjukkan tahap kebebasan bersuara negara Malaysia ini antara tertinggi...malahan lebih tinggi drp kebebasan bersuara di negara-negara yg lebih maju spt Singapura....
 ·  ·  · Wednesday at 22:16

No comments:

Post a Comment