Friday, November 11, 2011

Isu Feedlot (Laporan Audit 2010)


Drp laporan audit:

... 1. “Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.

2. Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC.

3. Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.

4. Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.

5. Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar.

-dipetik dari Sel13.com
-------------------------------

Di manakah ruginya dalam laporan audit tersebut?

Di manakah kegagalan projek tersebut?

No comments:

Post a Comment