pm najib vs anwar
perbandingan politik
1.politik
pm najib
a.pengalaman politik pm najib lebih terarah dn tersusun sejak hari mula beliau berkecimpung dlm politik , pembinaan dn evolusi politik pm najib disaluti dgn pelbagai pengalaman tadbir urus pelbagai peringkat dn sektor.
b.pengalaman politik selama 35 tahun pm najib , membuktikan kematangan beliau dlm pengurusan politik negara dn rakyat , politik pm najib dipacu oleh pengalaman penyelesaian masalah negara dn rakyat.
c.pengalaman berkhidmat di bwh 3 perdana menteri dn sbg menteri besar dn pelbagai portfolio kementerian di pusat menjadikan kematangan politik pm najib lebih sesuai utk negara dn rakyat jelata.
anwar ibrahim
a.politik anwar ibrahim bermula dgn politik protes , bantah ,sensasi , kontoversi dn sbgnya yg berunsur huru hara , pembabtitan awal politik anwar ibrahim tidak kearah penyelesaian masalah utk negara dn rakyat.
b.umno telah melatih anwar dgn pelbagai jwtn dlm parti dn kabinet , dn sepanjang karrier politik beliau , tiada 1 pun pencapaian yg signifikan ataupun yg boleh dibanggakan utk dirujuk ataupun digunapakai.
c.politik anwar berkisar kpd imej baik yg dilakonnya dn direka nya , pelbagai pertubuhan dibwh anwar dijadikan alat sbg utk tarikan sokongan , spt abim dn pelbagai lg badan tertentu.
d.anwar gagal dn tidak dpt buktikan merit politiknya spt mana pm najib.
2.karektor politik
pm najib
a.pm najib dilhat lebih tenang dn cool dlm menghadapi apa jua situasi , beliau tidak melatah mahupun terbawak dgn pelbagai tekanan politik dn mengorbankan tanggungjwb beliau sbg pemimpin
b.pm najib amat tenang apabila diserang dgn pelbagai tekanan politik , propa dakyah pembankang dn musuh politiknya , belia tidak melatah mahupun menyalak sana sini , sebaliknya beliau hadapi kesemua itu dgn tenang dn tidak mengorbnakan keopentingan negara dn rakyat.
anwar ibrahim
a.anwafr ibrahim amat lemah dlm menghadapi pelbagai tekanan politik keatas beliau ,politik anwar dlm tekanan amat buruk , beliau akan melatah dn membuat kecoh sana sini.
anwar akan sensasikan semua isu x berkaitan bg menutup isu sebenar yg menekannya dn seterusnya mencetuskan kontroversi dn pelbagai huru hara dgn harapan bergantung kpd politik simpati.
isu sebenar tekanan politik keatas beliau tidak juga diselesaikan ataupun dijwb.
b.politik anwar tidak terarah kpd kepentingan rakyat dn negara , beliau lebih mementingkan kepentingan peribadi beliau dn populariti politik beliau.
Tuesday, April 16, 2013
Monday, April 15, 2013
Chinese chauvinist: Bully or bullied?
Chinese chauvinist: Bully or bullied?
=====================
1. To those who do not understand opposition’s modus operandi, here is an education about them or “Opposition Parties in Malaysia for Dummies”:
a. An offender could not win a case in court if the judge and police are dedicated to their job, sincere and clean. The opposition have no other option than to pollute authorities image in order to win in court.
b. Government that govern a country strongly base on harmony could not be defeated through a fair election. So the opposition must raise issues of races, allegation towards judiciary and law in order to shake and separate people support to win the election.
c. Government that govern the country do not have major problems and could not be destroy easily. Base on this, opposition created allegations and provocation on issues that could weaken the nation to champion for the people.
2. In the year 1956, Tunku Abdul Rahman Putra had requested from British to accept non Malay as citizen automatically without conditions.
3. Malay rights and privileges had been clearly line out in Federal Constitution.
4. The fact is that Malay Supremacy have become a basic including law in connection with preserving Malay rights and place as the majority citizen.
5. Which part of the history does the chinese chauvinists and their supporters do not understand, respect and believe? It is written in history and cannot be changed anymore.
6. Through scientific, mathematics and both eyes, the world can see that Chinese community are living luxuriously in the country.
7. But why they do not feel satisfied towards Malay for their rights and privileges.
8. This is because the human character that never felt enough.
9. As a human being, we need toleration to survive.
10. The Chinese chauvinists must see what they have not otherwise.
11. They must learn to appreciate what they have and thankful how they obtain it.
12. Stop acting as a victim because you are not and you look as a bully.
13. It is easy for the chinese chauvinists telling government to change procedure and rewrite law and constitution.
14. What about the law written for private sectors owned by Chinese?
15. How can we ascertain that YTL, Public Bank, Alliance Bank, Subang Parade, KLCC and Alamanda not to discriminate Malay.
16. Even beauty saloon are racist in choosing its workers.
17. Worse of all, Malay could not fight back in this matter as they would be labelled as racist.
18. Just admit that Chinese chauvinists are racist. For an example, the existence of China Town worldwide up to the stage that the originator from the countries do not feel comfortable about it.
19. There will be no happy ending if Chinese chauvinists continued not to admit that they have better living and racist.
20. If Chinese chauvinists dream of their children to become a Malaysian Prime Minister, then their children need to be taught to accept Malaysia as it is including races, schools, history, kings, cultures, languages and its beauties.
21. In other words, be a 1 Malaysia or else, do not blame people for telling you to return to China to fulfil your children dream.
Perlembagaan negara berkenaan artikel 153

======================
1. Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.
2. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
3. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153.
4. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
5. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
6. Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri.
7. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara.
8. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.
9. Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.
10. Saya perlu nyatakan bahawa Perkara 153 adalah sebahagian daripada hak asasi.
11. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain.
12. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua.
13. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.
14. Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan.
15. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya.
16. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.
17. Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak.
18. Ia bukan tongkat kepada Melayu.
19. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu".
20. Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.
21. Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini.
22. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.
23. Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan.
24. Walau apa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif.
25. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.
26. Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya.
27. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.
28. Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini.
29. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini.
30. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu.
31. Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. .
32. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi.
33. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Keistimewaan Melayu adalah hak
Keistimewaan Melayu adalah hak
====================
1. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu.
2. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya.
3. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu.
4. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini.
5. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara.
6. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.
7. Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu.
8. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.
9. Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif.
10. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan.
11. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153.
12. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif.
13. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.
14. Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru.
15. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.
16. Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu.
17. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British.
18. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.
19. Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak.
20. Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa.
21. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu.
22. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957
23. Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang.
24. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu.
25. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.
26. Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara.
27. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif.
28. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.
29. Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing.
30. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama.
31. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus.
32. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap.
33. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.
34. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh di capai?
35. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini.
36. Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu.
37. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas.
38. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan.
39. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.
Sunday, April 14, 2013
Realiti politik perkauman DAP
Realiti politik perkauman DAP
=====================
1. Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.
2. Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat.
3. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.
4. DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis.
5. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).
6. Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.
7. DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).
8. Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas.
9. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.
10. Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.
11. Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini.
12. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.
13. Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan!
14. Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin.
15. Disemarakkan lagi apabila Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP.
16. Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas kurang sedar akan taktik DAP itu!
17. Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang.
18. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.
19. Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!).
20. Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.
21. Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina.
22. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP, dn parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew.
23. Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan.
24. Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!
25. DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini!
26. Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.
27. Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap sebagai hujah lapuk dan ketinggalan.
28. Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia” mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!
29. Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai “hampas”.
30. Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.
31. DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua-dua parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di negara ini.
32. Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri.
33. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.
34. Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.
35. Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku, konflik kaum akan berlaku.
36. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik.
37. Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti-parti politik di negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana.
38. Ini berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang.
39. Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit.
40. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini.
41. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang usang.
42. Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman!
43.Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah, kerana itu adalah hakikat ' kunci perpaduan' di negara kita.
sekian.

The difference between Allah and Tuhan
The difference between Allah and Tuhan
-----------------
I'll keep this short.
While the debate still goes on about the usage oof "Allah" as the
substitute word for "God" in Malay language bibles, the arguments seem to show sudden 'patriotism' from the generally English speaking Christian crowd in Malaysia.
My beef is as follows:
1. You claim to want to use the word "Allah" as you want to deliver
Christian/Catholic teachings in the National Language
2. You claim that Malays have no right to stop you because Allah is an Arabic word even though Malay Muslims use it for describing a specific Higher Being which obviously isn't the same as yours
3. Do you understand the Syahadah in it's full detailed context?
Answers:
1. If you want to use the word best to describe God in Bahasa Melayu then it is "Tuhan" not "Allah". Even a Google Translator, or for that matter any other translation, would describe God as Tuhan. Why play with fire? Unless you are trying to Proselytize Muslims
2. If the basis of your argument is that Allaj is an Arabic word then
please import and use bibles in Arabic. That would make more sense to insist on using Allah to describe your God(s) because based on your logic Allah is the Arabic description for God. So unless you're singing Gospels or delivering sermons in Arabic "Tuhan" is the best suitable word for you should you choose to deliver and sing in BM
3. The Syahadah clearly states, as an affirmation of faith for Malay
Muslims and even all Muslims, that:
"Tiada TUHAN melainkan ALLAH (There is no God besides Allah)". From there you can see that, especially in the Malay Muslim context defines Tuhan as what anyone would pray to and "Allah" as the God only Muslims obey and pray to
Conclusion, it is either you people are really extremely damn bebal or you have an agenda to proselytize the Malays through the art of
confusion. So which is it then?
Ponder on it please
Peace
Credit: Melayu Lama

Memahami Isu 'Rasis' Di Sebalik Fasal 153

==========================
1. Menarik sekali apabila kita mengenangkan begitu banyak pihak yang merujuk Fasal 153 Perlembagaan ketika memperkatakan hal-hal hak keistimewaan orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak.
2. Sebelum berganjak daripada hakikat ini, elok juga disebutkan bahawa Fasal 153 juga menjamin hak bukan Melayu/Pribumi menghayati apa yang telah mereka hayati selama ini.
3. Fasal 153 juga boleh diibaratkan seperti serampang dua mata atau pisau yang tajam dua belah.
4. Disamping menjamin hak-hak Melayu/Pribumi secara langsung, ia mempastikan bahawa tiada undang-undang yang boleh dibuat bagi menjejas atau menghakiskan apa yang sudah dihayati oleh bukan Melayu/Pribumi dalam semua lapangan.
5. Premis ini mencerminkan kesimpulan yang dicapai setelah berlakunya proses tawar menawar dan tolak ansur antara kedua-dua pihak sebelum ianya dimasukkan sebagai satu peruntukan perlembagaan sebelum Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 ataupun dalam proses melalui tempoh kemerdekaan sehinggalah penubuhan Malaysia dan seterusnya.
6. Mengkaji Fasal ini membawa kita kepada realiti kehidupan masyarakat majmuk dan segala permasaalahannya dalam sinario sebuah negara.
7. Di suatu peringkat, soal-soal berkenaan kuota peratusan Melayu/Pribumi dalam universiti diperuntukkan, dan di peringkat lain pula kuota dan jumlah permit/lesen Melayu/Pribumi, berbanding dengan etnik lain, dalam pelbagai aspek perniagaan, diberikan jaminan.
8. Suatu yang menarik dalam Fasal 153 ini ialah ia memberikan hak kepada pihak negeri membuat peruntukan yang sama dalam perlembagaan masing-masing.
9. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah hendak menguatkan lagi maksud dan penguatkuasaan Fasal 153 ini takut kalau-kalau terdapat sebarang lacuna atau halangan kecil dan besar di peringkat negeri atau setempat, baik berbentuk undang-undang atau sebagainya, yang boleh mengakibatkan maksud Fasal 153 ini menghadapi masalah pelaksanaan dan penguatkuasaan.
10. Peruntukan perlembagaan atau mana-mana undang-undang di seantero dunia kini diberikan interpretasi menurut pertama, bahasa dan pengertian biasa bagaimana sesuatu undang-undang ditulis, dan kedua, sekiranya yang pertama itu masih lagi tidak jelas, konsep teleological dipakai.
11. Teleological atau sinominnya purposive ialah pendekatan yang menekankan apakah maksud asal disebalik sesuatu undang-undang itu dibuat.
12. Ini dengan sendirinya membawa kita kepada suatu masa dan sinario, mungkin berdekad dan berpuloh tahun dulu, ketika berlakunya sesuatu perkembangan sosial-budaya, ekonomi dan politik yang memungkinkan sesuatu peruntukan undang-undang digubalkan.
13. Undang-undang, seperti juga dalam hal-hal lain, tidak wujud dalam kekosongan.
14. Ia terangkum dalam hukum sebab-akibat yang lebih luas.
15. Bercakap tentang perlembagaan, adalah relevan disebut bahawa Perlembagaan British sentiasa dirujuk zaman berzaman sebagai tidak bertulis.
16. Sebenarnya ianya bertulis, tetapi bukan dalam bentuk sebuah buku genap seperti Perlembagaan Malaysia.
17. Sesiapa yang memahami kaedah bahasa Inggeris sedar bahawa pemeriannya, atau expressionnya, sering abstrak untuk menarik naluri ingin tahu agar kita mendekatinya lebih mendalam.
18. Ketika mendekati perlembagaan British, kita akan dapati ianya satu pengumpulan keputusan para hakim atau pemimpin masyarakat, di buat dalam mahkamah atau institusi adat istiadat dari satu masa ke satu masa.
19. Jelaslah keputusan-keputusan itu mencerminkan percubaan menyelesaikan masalah hidup dari peringkat istana ke peringkat rakyat biasa, dari peringkat hubungan antarabangsa hingga hubungan keluarga dan individu dalam serbi serbi kepelbagaian.
20. Ianya dihimpunkan begitu tebal, jelas sekali ianya tidak dibuat menurut satu inisiatif khas dalam satu jangkawaktu yang ditetapkan.
21. Justeru itu, wujudlah pemikiran di kalangan pengamal undang-undang, terutama hakim-hakim dan peguam-peguam yang berwibawa di Britain, iaitu membuat interpretasi undang-undang harus jangan lari daripada memahami latar belakang maksud sesebuah undang-undang itu dibuat.
22. Maka sejarah dan peringkat-peringkat peradaban menjadi faktor rujukan. Memandangkan Britain menjadi negara industri pertama mencapai tahap negara maju melalui Revolusi Industrinya dari abad 18 hingga abad 19, maka banyak peruntukan perlembagaannya mencerminkan masalah dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kerenah kehidupan dan perdagangan dalam proses penerusan revolusi itu yang memakan masa amat lama.
23. Sebaliknya di Malaysia, perjalanan negara amat berbeza daripada di Britain.
24. Kita tiada revolusi industri dan revolusi lain.
25. Sebaliknya di sana masalah ras dan hubugan ras amat kecil berbanding dengan apa yang dihadapi Malaysia.
26. Rakyat imigrannya hanya dua peratus daripada jumlah rakyatnya. Maka masalah 'rasisme' tidaklah seberapa.
27. Itupun sebahagian besar imigran hanya terdiri daripada orang India dan Pakistan, ekoran pemisahan dan kemerdekaan India dan Pakistan lebih 60 tahun dulu.
28. Mereka yang bekerja rapat dengan penjajah British diberikan keutamaan berhijrah ke sana.
29. Disebabkan kecilnya peratusan rakyat imigran, maka perlembagaan Britain tidak begitu genap bagi menampung masalah yang ditimbulkan oleh rakyat imigran.
30. Baru sekarang undang-undang dan perlembagaan hendak dikemaskinikan, tetapi bukan tanpa masalah besar memandangkan semua pihak amat termaklum dan berpendidikan.
31. Walaupun British mengenakan syarat dan kuota amat ketat, 1 hingga 2 peratus, untuk menerima rakyat imigran, namun untuk Tanah Melayu atau Malaya, British bersikap amat liberal.
32. Ia mengenakan kuota 25 hingga 30 peratus untuk kemasukan imigran dari negara China dan 5 hingga 10 peratus dari India.
33. Semuanya demi sumbangan kepada ekonomi British. Mereka berfungsi di ladang kopi, lombong bijih timah, ladang getah serta cetusannya.
34. Jika negara-negara jiran yang mempunyai rakyat yang rata-rata satu ras, atau homogenous, menghadapi masalah hubungan kemanusiaan, maka Malaysia yang mempunyai rakyat yang heterogenous (pelbagai ras/etnik) sewajarnya tidak kurang masalahnya.
35. Maka Fasal 153 adalah satu percubaan untuk mengurangkan masalah itu, walaupun mustahil menghapuskannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)