Saturday, October 5, 2013

Zaman Darurat (part 2)

Zaman Darurat (part 2)

19 September 2013 at 16:11
Zaman Darurat (part 2)
===============
1. Untuk mengekang keganasan komunis satu sistem kawalan keselamatan telah di perkenalkan bagi menjaga kampung iaitu  'Home Guard'.


2. para home guard ini terdiri drp org2 kampung yang biasanya di ketuai oleh ketua2 kampung.


3. Anggota-anggotanya di berikan latihan ala- ketenteraan minima oleh british dn di bekalkan dgn senapang patah.


4. setiap malam mereka akan membuat rondaan bergilir-gilir selalunya drp pukul 6 ptg sehingga 6 pagi utk pastikan keselamatan kampung mereka.


5. Kebaikan sistem ini adalah orang2 kampung berjaya 'ditanamkan'sifat tanggungjawab utk menjaga keselamatan kluarga serta kampung halaman mereka, sehingga membibitkan rasa tanggungjawab yang mendalam dlm bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.


6. Untuk kawalan keselamatan, Perintah berkurung secara berjadual (curfew)  telah di kenakan di semua tempat.


7. Orang tidak bebas berjalan ke mana-mana ataupun pada bila-bila masa terutamanya di waktu malam.


8. Pada waktu ini, semua orang diwajibkan membuat kad pengenalan yang di bawa kemana shj mereka pergi.


9. Ini utk memastikan bahawa org2 yang 'sah' shj dn bukannya 'komunis' yang boleh tinggal di satu-satu tempat.


10. Org2 di pedalaman  dn kampung2 di pinggir hutan di pindahkan ke kampung-kampung baru supaya kawalan keselamatan lbih mudah di lakukan, dn para komunis tidak dapat mengugut atau memaksa penduduk untuk memberikan makanan atau lain-lain bantuan.


11. Kawasan2 kampung baru di sediakan dgn kemudahan infrastruktur yang baik, spt sekolah klinik, tempat utk bercucuk tanam pasar dn sebagainya.


12. malah, secara umumnya, kampung-kampung baru ini lbih baik drp kampung yang telah sedia ada, walaupun kawalan keselamatan sgt ketat dn kampung tersebut berpagar.


13. Curfew juga di kenakan ke atas penduduk kampung baru ini bagi memastikan komunis tidak dapat menyeludup asuk dn mengganggu penduduk2 di situ.


14. Kebanyakan yang di pindahkan ke kampung2 baru ini adalah org2 cina, kerana komunis pada masa itu lbih banyak 'mengganggu' orang cina kerana mereka mahu  'menghasut' ataupun mengugut  orang cina utk menyertai mereka di atas alasan mereka berasal drp rumpun bangsa dn tanah nenek moyang yang sama.


15. Semasa zaman darurat ini, ada juga kawasan2yang sangat merbahaya  yang diistiharkan sbagai kawasan gelap, di mana kawasan tersebut disyaki sbgai sarang komunis dn kerap menghadapi situasi serang hendap oleh komunis.


16. Namun begitu, jika kawasan2 ini berjaya 'membuktikan' ia 'bersih' drp pngaruh dn uunsur komunis dn kegiatan mereka, dan tiada rusuhan yang berlaku, maka ia dapat diistiharkan sbgai kawasan putih.


17. Zaman darurat secara keseluruhannya diistiharkan tamat pada 1960, apabila secara rasmi para komunis yang bersembunyi di hutan kluar dn meletak senjata.


-sekian-

No comments:

Post a Comment