Saturday, October 5, 2013

Pengisian di awal Kemerdekaan

Pengisian di awal Kemerdekaan

19 September 2013 at 19:50
Pengisian di awal Kemerdekaan
===========
Persekutuan Malaya atau Malayan union merupakansatu bentuk kerajaan bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Singapura yang 'di cipta' oleh kerajaan british utk 'melenyapkan' kuasa Raja-raja melayu kerana kerajaan british akan mentadbir negara secara langsung.

Seterusnya, semua pendudk malaya, akan di berikan taraf kewarganegaraan yang sama dengan org melayu, dn faktor ini lah yng menjadi pencetus utama membuatkan org melayu menentang Malayan Union habis-habisan.

Walaubagaimanapun, cara tentangan itu bukannya cara tentangan yang ganas seperti penentangan yang dilakukan oleh komunis, tetapi dengan cara 'penentangan diplomatik' dn tanpa sebarang pertumpahan darah , umpama menarik rambut dlm tepung, dn secara tersusun.

rapat umum telah diadakan di seluruh negra secara aman untuk membantah pemerintahan british, dn orang-orang melayu terus-terusan memboikot sebarang istiadat dn pengisytiharan Malayan union.

Kependudukan Jepun secara tida langsung telah 'mengajar' orang melayu bahawa British boleh 'di tundukkan' dn memberikan satu kesedaran bahawa tanah melayu ini patut ditadbir oleh anak watan, dn bukan oleh mana-mana 'colonial master', kerana org melayu adalah 'Master of the soil' yang sebenarnya.

Kebangkitan semangat kemerdekaan ini di semarakkan lagi dengan penubuhan UMNO pada 1948, sehinggakan idea Malayan union berjaya di mansuhkan dan di ganti dengan Persekutuan tanah melayu.

Di bawah bendera Persekutuan Tanah Melayu inilah perjuangan kemerdekaan diteruskan tanpa jemu, apetah lagi apabila pihak british telah berjanji utk memberikan kemerdekaan melalui rombongan yang di ketuai oleh Tunu Abdul Rahman.

Pengisytiharan tarikh kemerdekaan kemudian di buat di negeri Melaka, sebagai simbolik keutuhan bangsa Melayu dn kedaulatan raja-raja melayu.

Setelah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, keadaan pemerintahan, ekonomi dn sosial mula berubah.

Kerajaan demokrasi yang di wakili oleh pelbagai kaum telah mentadbir negara dn dasar-dasar ekonomi, sosial dn pendidikan telah di perkenalkan utk membasmi kemiskinan dn merapatkan jurang antara kaum.

Di zaman awal merdeka, beberapa dasar telah di gubal terutamanya dlm menigkatkan ekonomi seperti tertubuhnya Federal Land Development Authority (FELDA) dn Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA).

Rancangan rancangan tanah ini memungkinkan beberapa beberapa ribu org melayu dn lain-lain bngsa yang mempunyai kelayakan tertentu dapat memiliki dn mngerjakan tanah di kawasn trtentu, terutamanya dlm bidang pertanian sawit.

Pendidikan juga mnjadi agenda utama, sekolah kebangsaan menengah dn rendah di perkenalkan bagi 'menggantikan'institusi pngajian tradisional spt skolah pondok.

bahasa melayu di jadikan bahasa wajib bagi semua jenis sekolah, kerana di harap dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bhasa perpaduan maka jalinan antara generasi akan datang akan lebih kukuh, dn bangsa-bangsa lain akan menghargai serta menghayati kewarganegaraan mereka sbagai anak bumi kelahiran MALAYSIA.

- sekian-

No comments:

Post a Comment