Saturday, October 5, 2013

sejarah ditulis oleh pihak yg menang

sejarah ditulis oleh pihak yg menang

20 December 2012 at 10:18

Intan Rahim
‎"SEJARAH DITULIS OLEH PEMENANG".oleh pakatan di jawap dengan berilmu oleh sahabat seperjuangan Azanisham Samat.....Sejarah adalah rentetan cerita purba yang berbukti dan bersebab... Sejarah tidak ditulis berdasarkan semata-mata cerita politik atau siapa pemenang... Ilmu Sejarah ini sifatnya berubah... sekiranya ada bukti baharu, maka satu-satu fakta sejarah itu boleh diperdebatkan... Sebagai contohnya, dalam buku teks Sejarah SPM yang menjadi kitab rujukan sejarah Pakatan... menyatakan bahawa Orang Asli adalah Melayu Proto.... tetapi dengan kecanggihan teknologi DNA membuktikan bahawa Proto Malay dan Deutero Malay berbeza DNAnya... Penemuan ini tidak dimasukkan dengan segera ke dalam buku Sejarah SPM kitab rujukan Pakatan.. kerana Buku Sejarah SPM hanya mukadimah membuka persoalan kepada pelbagai teori sejarah lain.... Anda perlu membaca lebih banyak buku rujukan lain untuk memperolehi satu hipotesis yang memuaskan hati... hipotesis memuaskan hati ini tidak bermaksud tepat dan betul kerana sifat sejarah itu berkembang.... sebagai contoh lain.... Dalam buku Sejarah SPM kitab rujukan ulung Pakatan perihal Sejarah menyatakan bahawa Merah Silu yang memeluk Islam dan ditukar namanya menjadi Sultan Malikul Salleh adalah kerajaan dan sultan pertama memeluk Islam dengan bukti batu nesannya.... Tetapi dengan penemuan terbaru, fakta ini disangkal bilamana kerajaan Perlak didapati merupakan Kerajaan Islam yang pertama... Malahan bukti juga mendapati bahawa Melaka di Islamkan oleh Kesultanan Perlak apabila Sultan Perlak yang ke 17 Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II Johan Berdaulat yang memerintah pada tahun 1230 – 1267 telah mengahwinkan anaknya Putri Ratna Kamala dengan Sultan Muhammad Shah atau Parameswara.... Bukti ini juga telah menjadi asas baharu bahawa kerajaan Melaka tidak didirikan pada 1411 sebaliknya pada tahun 1230 - 1267..... 

Maka adalah ayat biasa apabila Pembangkang terkantoi bab sejarah, mereka akan mengeluarkan ayat "SEJARAH DITULIS OLEH PEMENANG"..... Jika benar Sejarah mengenai Pampasan Perang Dunia Kedua ini diperolehi secara tunai oleh Kerajaan Persekutuan.... Maka, berikan bukti seperti nama perjanjian, tarikh atau lokasinya secara jelas....

Semasa Perjanjian Damai San Francisco ditandatangani, Malaysia mahupun Persekutuan Tanah Melayu tidak wujud sama sekali... Maka perjanjian itu yang ditandatangani oleh British bagi pihak Malaya tiada kaitan sama sekali dengan kerajaan UMNO mahupun Barisan Nasional.... Kerajaan Rakyat ini hanya wujud apabila Raja-Raja Melayu menurunkan mandat mereka kepada UMNO untuk mentadbir Kerajaan Seri Paduka Baginda ini..... Sekiranya wujud pemberian Pampasan Tunai pada masa itu, ianya adalah urusan antara Kerajaan British dan Yang Empunya Tanah Air pada masa perjanjian itu ditandatangani - iaitu Raja-Raja Melayu..... Apabila anda memahami konsep Yang Empunya Tanah Air ini.... anda akan lebih memahami konsep dan erti kemerdekaan....!
Saya yakin anda akan spin bab kenyataan Prof Zainal Kling yang menyatakan Malaya tidak pernah dijajah.... Malaya memang tidak pernah dijajah.... Penjajahan secara RASMI hanya berlaku di Melaka dan Pulau Pinang (termasuklah Singapura).....
Negeri2 Melayu yang wujud pada masa itu tidak berdiri sebagai satu kerajaan melainkan kerajaan-2 berasingan, British yang diberi mandat untuk membantu Pentadbiran - sebenarnya bukan sekadar Pentadbiran, malahan perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British juga menyerahkan kuasa Hubungan Luar dan Pertahanan kepada British.... Untuk memudahkan pentadbiran British, maka istilah2 pentadbiran seperti Negeri-2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu tidak Bersekutu dan Negeri2 Selat diperkenalkan.... British menguruskan kutipan cukai secara moden tetapi hasil cukai adalah milik mutlak Raja-Raja Melayu (rujuk perkara 8 Perjanjian Pangkor yang berbunyi – Bahawa pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri Perak.)
Sebab itulah maka Sultan Ibrahim Johor pernah menjadi manusia terkaya didunia semasa Pemerintahannya.... Logiknya kalau orang ada akal berfikir... kalau dijajah, takkan la Sultan Johor jadik orang terkaya didunia... Malahan Raja-raja Melayu telah menyumbangkan dana sekitar £22 juta (pound) untuk membina Kapal Perang Kelas Queen Elizabeth yang mempunyai 3000 anak kapal.... bayangkan besar mana kapal tu?...Atas sumbangan raja2 Melayu ini, British bersetuju untuk membina sebuah Maktab Perguruan bagi melatih guru2 Melayu... Maka atas pengorbanan Duli2 Tuanku, maka Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi melatih guru2 melayu untuk memberikan pendidikan kepada anak2 melayu.... Tapi ketahuilah, gaji guru2, pensyarah Maktab juga dibiayai oleh Kerajaan Duli Tuanku....
Apabila kepala tersumbat hanya dengan fakta auta Anwar Ibrahim dan Ahlul Pakatan... Maka anda akan mengatakan bahawa Askar Melayu yang menentang komunis sebagai askar British... Benar... mereka memang dilatih oleh British, tetapi segala kelengkapan, gaji dan lain-lain adalah ditanggung secara bersama oleh kesemua Kebawah Duli Raja2 Melayu yang mencadangkan penubuhan satu rejimen khas Askar Melayu.... Kerana kesetiaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia inilah ribuan anak Melayu menjadi korban tentera Jepun... bukan kerana kesetiaan kepada British tetapi Kesetiaan Kepada Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 Melayu - Yang Empunya Tanah Air...
Mustahil British akan memberikan kemerdekaan mutlak kepada Tanah Melayu sekalipun korban darah dilakukan oleh Komunis.... kerana British berjanji dengan Yang Empunya Negeri ini - Raja-Raja Melayu.... sebab itu apabila UMNO berjaya mendapatkan mandat Raja-Raja Melayu, British tidak punya jalan lain, melainkan memberikan kemerdekaan mutlak sedangkan ketika itu British amat memerlukan dana bagi membangunkan semula United Kingdom yang hampir musnah akibat Perang Dunia Kedua

1 comment:

  1. Ramainya orang baca. Sia-sia sahaja ditulis kalau haiwan pun tak baca

    ReplyDelete