Saturday, October 5, 2013

Zaman darurat- 1948 (part 1)

Zaman darurat- 1948 (part 1)

19 September 2013 at 10:43
Zaman darurat- 1948 (part 1)
 ==========
1. Zaman darurat merupakan satu episod sejarah di semenanjung Tanah Melayu yang telah diistiharkan 3 tahun selepas pngunduran Jepun..


2.  Ini adalah akibat daripada tindakan tentangan drp  pengikut-pengikut Parti Komunis Malays dn  Bekas Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) yang kecewa dgn janji-janji British untuk memberikan kemeredekaan kepada Tanah Melayu setelah pengunduran Jepun.


3. Mereka kemudiannya melancarkan keganasan di seluruh negara dengan membakar bangunan -bangunan penting dn membunuh pegawai-pegawai british serta org awam.


4. Tindakan kekejaman ini yang menyebabkan pihak british mengharamkan Parti Komunis Malaya.


5. Justeru itu darurat telah diistiharkan pada 1948.


6. Pada ketika ini juga UMNO muncul dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berfikiran sederhana, di mana mereka terpaksa menangani dua aspek utama dlm memastikan kedaulatan tanah air yang tercinta ini.


7. Orang melayu terpaksa mempertahankan negara ini drp dijajah terus oleh British yang mahu memperkenalkan Malaysan Union, dn mereka kjuga amat benci kepada komunis yang terus membuat kekucarkaciran di Tanah Melayu.


8. Kesengsaraan yang mereka rasai semasa pemerintahan jepun menjadi pngajaran kepada mereka betapa pentingnya sebuah kemerdekaan itu.


9. Para pejuang umno tidak mahu tanah melayu ini tidak mahu Tanah Melayu di perintah oleh Komunis adalah penyebab darurat.


10. Malayan Union pula di tolak kerana kerana mencadangkan semua rakyta yang tinggal di negara in di berikan taraf kerakyatan yang sama, dn raja-raja akan di gugurkan kuasa mereka.


11. Kebetulan pula, komunis adalah sebuah pergerakan yang melakukan kekejaman terhadap orang awam dn menggugat keamanan, maka umno yang lebih sederhana dalam perjuangan menuntut kemerdekaan berjaya mendapatkan kemerdekaan secara rundingan.


12. Semasa Darurat rakyat juga hidup sengsara dn dalam ketakutan.


13. Tidak seperti zaman Jepun, di mana Jepun secara terang-terangan mnjadi penakluk, keganasan pihak komunis di lakukan secara terang hendap.


14. Anggota mereka terdiri drp penduduk tempatan dn ramai yang duduk di dalam hutan.


15. Mereka bukan shj membunuh org yang di syaki bekerjasama dgn jepun atau British, tetapi mereka juga membunuh orang awam yang enggan bekerjasama dgn mereka.


16. Penduduk-penduduk di pekan dn di kampung  di peras ugut utk mendapatkan makanan, sekiranya mereka tidak mmbantu pihak komunis, mereka dn kluarga mereka akan di bunuh n rumah mereka akan di bakar.


...bersambung...

No comments:

Post a Comment