Monday, December 12, 2011

Tuntutan rakyat dn keamanan negara

1. Pentadbiran negara berbilang kaum sudah pastinya amat berbeza berbanding dengan mentadbir negara yang mempunyai satu etnik shj.

2. Ini kerana, etnik yang berbilang dlm sesuatu negara sudah pasti mempunyai tuntutan masing-masing.


3. Di Malaysia, untuk memastikan negara aman damai dn sntosa, setiap satu kaum mestilah menerima hakikat bahawa bukan 100% tuntutan mereka akan dilayan.


4. Justeru itu, semua kaum mestilah menerima hakikat bahawa mereka hanya akan menerima sebahagian shj tuntutan mereka.

5. Jika mereka memahami perkara ini, dan tidak membuat tuntutan yang melampau negara kita akan terus kekal sejahtera spt yg kita nikmati skrg ini.

6. Dalam keamanan , barulah kita dapat membangunkan ekonomi dan rakyat boleh menikmati kesejahteraan yg lebih.

7. Namun, apa yang dikesalkan sekarang ini, apabila di beri kebebasan, ada pula pihak tertentu yg menolak prinsip TIDAK menuntut 100%, dn lebih MALANGnya mereka menuntuk SEGALA-GALANYA, hanya utk 'DIRI' mereka.

8. Apabila sesuatu pihak mula menuntut 100%, pihak lain yang rasa 'terancam' akan menuntut 100% juga.

9. Dengan itu, pertembungan 100% ini akan menyebabkan keadaan yg kurang selesa dn menanam bibit-bibit ketidak percayaan antara satu sama lain.

10. Jangan lupa, hanya negara kita shj yg membenarkan bahasa yang bukan bahasa kebangsaan digunakan di peringkat sekolah.

11. dan jangan lupa juga, bahawa suka atau tidak hak Melayu dn Islam usahlah dipersoalkan.

12. Jika pertembungan kehendak ini berterusan, pertentangan akan membawa kepada api kebencian, dn kebencian akan membawa kpd kemusnahan negara.

13. Kerana itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara perlulah menerima hakikat bahawa kita tidaka kan mendapat 100% dari apa yg kita anggap sbgai hak kita.
· · · 13 November at 13:34

    • Handirie Rie tiada pemimpin yg boleh memuaskn hati semua org..dh sebagai manusia mereka juga tidak terlepas dari melakukn kesilapan..
      13 November at 13:37 · · 3
    • Idrus Ahmad satu penulisan yang berwasan dan baik sekali bagi malaysia
      13 November at 13:55 ·
    • Idrus Ahmad satu penulisan yang berwasan dan baik sekali bagi malaysia
      13 November at 13:55 ·
    • Emma Harith Thank u IA...
      13 November at 14:12 · · 1

No comments:

Post a Comment