Monday, December 12, 2011

PR cuba kelirukan rakyat -> isu kedai 1 Malaysia


by Emma Harith on Monday, 14 November 2011 at 22:55
 
Jebat Modern
PR cuba kelirukan rakyat
KPDNKK menyifatkan dakwaan bahawa harga produk di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih mahal daripada harga pasaran adalah tidak berasas kerana perbandingan yg dibuat adalah salah & dakwaan yg dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah satu pembohongan dan cubaan mengelirukan rakyat.
Tony Pua yg pernah mengeluarkan kenyataan akan memperkecilkan sektor kakitangan kerajaan bila berkuasa nanti, telah membuat perbandingan yg salah kerana membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk Carrefour Big Savers yg mempunyai perbezaan daripada segi kualiti. Dia sepatutnya membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk yg berjenama dan bukannya dengan produk yg tidak berjenama di pasaran. Perbandingan perlu dilakukan ke atas produk yg mempunyai persamaan daripada segi berat, pembungkusan dan kandungan khasiat.
Kita kena banding epal dengan epal dan kalau kita banding epal dengan durian, memang harganya jauh berbeza kerana durian lebih mahal. Semalam dia bandingkan produk teh Ceylon Kedai Rakyat dengan teh hitam Carrefour, memanglah teh Ceylon lebih mahal kerana kualitinya berbeza dengan teh hitam. Selain itu, dia juga bandingkan produk pencuci pinggan Kedai Rakyat 400 gram berharga RM1.90 dengan produk Carrefour 350 gram yg berharga 99 sen sedangkan produk sama bagi 400 gram di Carrefour dijual dengan harga RM2.15. Yg peliknya mengapa dia hanya memberi perbandingan yg salah itu saja, mengapa tak bandingkan harga gula, susu, tepung, minyak masak & pelbagai barang pengunaan harian yg lain?
Nampak sangat, PR sengaja memainkan isu ini kerana merasa terpukul dengan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat, sedangkan pembangkang cuma tahu bercakap sahaja, untuk menutup kelemahan memandangkan mereka gagal mencari alternatif bagi membantu pengguna.

No comments:

Post a Comment