Thursday, October 20, 2011

Politik Masa Kini

by Emma Harith on Sunday, 16 October 2011 at 19:49


1. PRU  13 sudah semakin hampir menjelang tiba , tarikh akhir tamatnya tempoh mandat kerajaan kini adalah pada 30 hb March 2013 , ia lebih kurang hampir 150 hari daripada sekarang ataupun 5 bulan , PRU 13  kali ini  ditunggu-tunggu oleh semua pihak , semua parti politik dan semua  pemain politik serta rakyat biasa yg selama ini tidak aktif dan tidak terlibat secara lansung dalam apa jua bentuk politik kepartian.

2.Kita semua tahu , kesan domino drpd pru 12 2008 , telah mengubah lanskap politik negara , citarasa politik masa kini yg lebih agresif dn mencabar telah membayangi politik tradisi yg memacu politik negara selama lebih kurang 60 tahun.

3.Politik retorik dan politik elitis sudah tidak lagi diterima pakai rakyat jelata yg sudah celik politik , apa saja politik slogan telah menjadi tidak  relevan , rakyat mahukan politik bersifat realistik , rakyat jelata menuntut politik yg ada kaitan secara langsung dengan  kehidupan harian mereka.

4.Soal hidup rakyat menjadi agenda utama rakyat jelata pada masa kini , tuntutan ke atas politik realistik semakin kuat dn kerap dn parti 2 politik dlm negara masih belum lagi dpt mencapai persekitaran yg dituntut rakyat ini.

5.Kedua-dua paksi politik , sama ada BN ataupun PR masih lagi berpoltik seharian dn amat sedikit meralisasikan kehendak dn tuntutan rakyat , apakah permintaan dn tuntutan politik rakyat tidak realistik ? ataupun kurang realistik ? apakah rakyat jelata faham akan percaturan politik ? dn apakah rakyat jelata faham akan tekanan politik dunia yg berkait rapat dgn soal ekonomi yg jelas sekali sgt amat berkait dgn soal ekonomi dn seterusnya berkait rapat dgn kehidupan seharian mereka ?

6.Apakah rakyat jelata sudah betul-betul pasti yg mereka tahu dan faham akan tekanan politik global ke atas ekonomi dunia dn negara-negara itu ? apakah terlalu mudah utk laksanakan spt mana yg kehendak rakyat ? apa semudah itu politik rakyat ?

7. Ia bukan soal arif mahir ataupun matang dlm politik ,..ini adalah soal realiti politik.

8. Kedua-dua pihak , pihak pertama iaitu parti politik , pemain politik dn juga pemimpin politik serta pihak kedua iaitu rakyat jelata wajar utk melihat semula pendirian masing-masing  dalam hal ini , amat jelas sekali , terdapat pelbagai pro dn kontra di dlm kedua-dua pihak.

9. Tidak semua apa yg dibuat parti politik dn pemimpin politik itu betul, dn tidak semua apa yg dikatkan dn apa yg dikehenadki rakyat jelata itu realistik , ke 2 pihak amat perlu dn wajar berkompromi dlm hal ini.

10. Tuntutan yg melampau drpd rakyat juga amat perlu diberi perhatian dn begitu jugas perlakuan politik yg melampau oleh para pemimpin itu sendiri , pendek kata,..kedua-dua pihak perlu melihat semula tuntutan nafsu  serakah masing-masing.

Politik, parti dn pengikut mereka yg lebih Islamik dari org lain

by Emma Harith on Sunday, 16 October 2011 at 18:04
1. sangat menghairankan apabila segelintir pemimin dn penyokong yang kononnya lebih islamik drp org lain mengatakan politik adalah sebahagian drp amalan islam, namun corak politik yang mereka amalkan tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman yg mereka gembar-gemburkan.

2. Mereka lebih banyak menggunakan politik tohmahan dn fitnah terhadap pihak lawan mereka, dan mempermainkan sentimen rakyat dengan pelbagai2 isu yg telah disuntik dengan elemen kebencian agar kekurangan mereka dlm menyediakan 'produk politik' dapat di tutup dn tidak ditanya oleh rakyat.

3. Apa yang dilihat, semakin bahang pilihanraya dikatakan makin hampir, para pemimpin politik tersebut semakin galak mengeluarkan pendapat dan kenyataan yang mengikut perasaan dn nafsu, sehingga mereka tidak takut untuk menabur fitnah dn janji2 kepada rakyat, yg mereka sendiri tahu tidak akan dapat ditunaikan.

4. yang lebih buruk lagi, ada juga antara mereka dn 'rakan2' mereka yang mempergunakan Al-quran semata-mata mahu mendapat perhatian rakyat, terutamanya orang melayu, walaupun pemimpin tertinggi mereka pernah berkata bahawa dia 'malu jadi melayu'.

5. Pelbagai taektik digunakan oleh mereka dgn bertopengkan agama demi utk meraih populariti dn undi, tanpa memikirkan tentang implikasi tindakan mereka tersebut terhadap umat islam khasnya, dn negara amnya.

6. Hanya kerana mahu menjadi pemerintah dn gila kuasa, mereka sanggup mengenepikan suruhan menyatu padukan umat,dan 'menggadaikan' apa shj asalkan tindakan mereka untuk menjadi pemerintah akan diselarikan dgn rakan2lain yg lebih dominan dn berkuasa berbanding mereka.

7. Oleh itu, para pemimpin dan penyokong parti yang merasakan diri mereka lebih islamik drp org lain harus ingat,jika islam itu dipandang jelek di mata dunia, ia adalah kerana anda. bukah salah org lain, jika mengatakan islam itu agama perpecahan, gama adu domba, agama fitnah menfitnah, agama caci maki dn penuh carutan dll. Adakah sifat ini dapat meyakinkan org2 bukan islam bahawa islam itu agama terbaik dn agama perpaduan?

8. Jika diperkata pula dari segi adil, adakah sifat2 tersebut menunjukkan sifat2 individu yang berpegang kepada konsep keadilan yg selanjar dgn islam

Perlembagaan Persekutuan

by Emma Harith on Thursday, 13 October 2011 at 17:37


1.Perlembgaan Persekutuan diasaskan oleh undang-undang tubuh negeri perak 1830 dimana kanun tersebut diambil oleh undang undang tadbir tanah british.

2.Undang-undang tidak  boleh dibuat sesuka hati dan  oleh seorang individu, dn undang-undang  mestilah diluluskan oleh parlimen , Lord merangka Perlembgaan Persekutuan drpd Undang-undang British yg berusia ratusan tahun , dn undang-undang ini diwartakan oleh Parlimen British ,

3.Individu tidak  boleh dn tidak  berkuasa utk mewartakan undang undang.

4.Dlm Perlembagaan Persekutuan , tiada unsur agama lain kecuali AGAMA ISLAM , dan Perlembgaan Persekutuna dirangka mengikut panduan utama iaitu , AL QURAN DN AGAMA ISLAM, hanya mereka yg baca shj akan tahu , mereka yg setakat mendengar dikedai kopi tidak akan tahu.

5. dan  begitu juga undang-undang British sendiri , tiada 1 pun  perundangan yang diambil  drpd mana mana kitab ataupun agama ! ia dirangka oleh ahli parlimen British.Undang-undang British tidak berunsur kegamaan.

6. reid sebenarnya bukanlah yahudi British , bukan juga berbangsa Yahudi , cuma beliau menjaga perkara berkaitan masyarakat yahudi utk kerajaan British , William Reid adalah asalnya seorang inggeris tulen dn beliau mati sbg org Inggeris dn beragama Kristian Katolik.

7.Persoalan 'knp umno terima undang-undang yahudi' sepatutnya tidak timbul,

kerana perlembagaab yahudi TIADA:

a. '' MENJUNJUNG AGAMA ISLAM ''

b. '' AGAMA ISLAM AGAM RASMI NEGARA "

c. DN PELBAGAI HUKUM SYARIAT UNTUK URUSAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA ..

d. TIADA 1 PUN DLM PERLEMBGAAN PERRSEKUTUAN MENYAMAI ATAUPUN MENYERUPAI PERLEMBAGAAN YAHUDI....

e. PERLEMBAGAAN YAHUDI BERASASKAN AL - KITAB TAURAT ,

SILA BACA DULU SEBELUM BERCAKAP TTG PERLEMBGAAN YAHUDI !

Isu persaraan 60 tahun; benarkah belia tidak dapat pekerjaan?


by Emma Harith on Sunday, 09 October 2011 at 15:00

Emma Harith
Ramai yg mempersoalkan apabila umur persaraan dilanjutkan kpd 60 tahun kononnya para belia sukar utk mendapat pekerjaan...

tetapi mereka lupa warga emas hanya mampu utk beri sumbangan dr segi nasihat, sumbngan 'intelek' ..
mereka tak mampu utk berikan sumbngan tenaga...maka pekerjaan yg memerlukan tenaga org muda sbnarnya lebih luas...berbnding utk golongan emas...
selain drp itu, golongan warga emas juga ramai yg tradisionalist, mereka bukannya spt org muda yg bijak dlm teknologi maklumat...dn dgn itu industri teknologi maklumat yg begitu pesat adalah lebih kurang 90% golongan muda...yg 10% drp golongan warga emas ini adalah para pembuat dasar dn penasihat kpd organisasi tersebut.
golongan muda yg takut tak dapat pekerjaan ini sbnarnya adalah terdiri drp mereka yg takut dgn bayang2 mereka sndiri.

Isu Had Umur Persaraan Warga Emas

by Emma Harith on Tuesday, 11 October 2011 at 11:41
1. Pada pendapat peribadi Emma isu had umur persaraan ini wajarlah ditangani dgn berhemah krn kita tak mahu mempersia-siakan baik warga emas atau warga muda krn kedua-dua golongan ini adalah penyumbang tenaga kerja di Malaysia tanpa mengira jantina.

2. Sekiranya had umur persaraan warga emas diturunkan kembali, diharap mereka yang masih mahu mencurahkan khidmat bakti akan diambil secara kontrak ...spt yang dilakukan oleh organisasi swasta.
3. Terutamanaya para guru, pensyarah, doktor dn penjawat am yg memang diketahui mempunyai rekod cemerlang semasa berkhidmat sebelum bersara.
4. Ini kerana pengalaman mereka begitu berharga, dn kita org muda perlu 'menempuhi' sekurang-kurangnya 20 tahun utk mendapat pengalaman seperti mereka.
5. Dn cadangan Emma lain ialah agar mereka warga emas ini diberikan waktu kerja yg fleksibel dn jawatan/tugasan yg berpadanan dgn umur dn pengalaman mereka.
6. Pada emma, warga emas dn warga muda saling memerlukan antara satu sama lain, warga muda memerlukan pengalaman warga tua, dn warga tua pula memerlukan buah fikiran serta tenaga warga muda.
7. Mereka adalah umpama aur dgn tebing. Oleh itu di harap satu bentuk penyelesaian yang membawa kpd 'win-win' situation akan diambil oleh pihak kerajaan utk menganani isu ini.

Friday, October 14, 2011

Kerugian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia

1. Pada pandangan saya, adalah satu kerugian kepada rakyat Malaysia apabila mereka yang bijak pandai lebih suka bersikap berkecuali apabila dihadapkan dengan persoalan senario politik negara.

2. Hal ini bukan sahaja berlaku dipihak kerajaan, malahan ia juga berlaku di pihak pembangkang, padahal di kedua-dua pihak terdiri daripada ramai golongan profesional; doktor, peguam, jurutera dan ahli perniagaan.

3. Mereka umpama tidak berminat untuk bersama-sama mencurahkan idea bagaimana untuk menjadikan negara Malaysia ini lebih baik dan makmur.

4. Sepatutnya, di waktu kemelesetan ekonomi global ini, kita patut melihat para bijak pandai daripada kedua-dua parti, mengemukakan cadangan atau cara untuk 'membaik pulih' keadaan negara.

5. tetapi apa yang terjadi sekarang, pihak pembangkang asyik menunmding jari menyatakan kerajaan buat itu dan ini semua salah, dan hanya menimbulkan isu-isu yang lebih banyak bersifat menghasut dan menanamkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

6. Perlakuan itu sepatutnya digantikan dengan membentangkan 'produk politik' kepada rakyat jelata agar mereka boleh menilai pembangkang bukan berdasarkan maki hamun terhadap kerajaan, tetapi daripada segi intelek dan kelayakan mereka untuk mentadbir negara.

7. Bagaimana lagi mereka mahu menjadi 'check and balance'? Jika itu pun tidak boleh dilakukan, apakah nilai mereka sebagai pembangkang? Hanya mendapat 'gaji' daripada kerajaan untuk membangkang, sedangkan fungsi mereka ialah untuk 'memastikan' kerajaan telah menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat.

8. Pihak yang berada di dalam kerajaan pula janganlah mengambil kemenangan yang lepas itu sambil lewa, sehinggakan terlupa bahawa rakyat Malaysia semakin lama, semakin matang dalam berpolitik.

9. Penilaian rakyat bukan setakat apa yang 'telah' kerajaan buat, tetapi apa yang kerajaan 'akan' buat, dan jika apa yang telah dibentangkan semasa BAJET tempohari kebanyakannya adalah baik.

Cuma diharapkan, ia akan dilaksanakan dan bukan hanya 'lip service'.




Mengapa kerajaan harus takut kepada pembangkang?

Lebih setahun saya 'bercuti' daripada menulis blog atas alasan sibuk dengan tugas-tugas lain. Namun, tiada banyak perubahan yang berlaku dalam senario politik negara.

Para pembangkang masih terus membangkang, dan para penyokong kerajaan pula sentiasa sibuk 'bertahan'. Politik defensif masih lagi berjalan di pihak kerajaan dan ofensif masih lagi menjadi permainan pembangkang.

1. Keadaan ini agak mengecewakan bagi pemerhati politik seperti saya yang merasakan bahawa sebagai kerajaan, umno/bn mempunyai pelbagai institusi , badan dn organisasai tertentu yg boleh 'digerakkan' bagi memastikan kemenangan berpihak kepada umno/bn.

2. Ini kerana berdasarkan pemerhatian PRU12, yang mengalami 'kekalahan' bukannya umno tetapi parti komponen bn yang lain.

3. Kekalahan yg 'dialami' oleh umno adalah pada tahap biasa dn bukannya luar biasa. Oleh itu, ia bukanlah satu isu yang menyebabkan 'ketakutan' kehilangan undi bagi pihak umno.

4. Namun apa yang kurang menyenangkan ialah sifat takut itu telah dizahirkan dengan memberi terlalu banyak 'muka' kepada pembangkang, sehinggakan dilihat siapa yang mahu kehendak mereka dituruti oleh kerajaan, mereka perlu bangkang dn maki kerajaan dahulu.

5. Apabila sudah dapat kehendak di hati baru mereka akan kata kerajaan 'bagus'.

6. Perkara ini membuatkan para penyokong kerajaan terasa dianak tirikan, sedangkan mereka yg beria-ia pertahankan kerajaan umno/bn tetapi suara mereka tak di dengari.

7. Yang mendapat perhatian daripada pemimpin atasan adalah org seperti Namawee, yang hentam kerajaan sana sini, tetap mendapat geran dan masih dipuji sbgai penyokong 1 Malaysia.

8. Dia sepatutnya dikenakan tindakan tegas tetapi dilepaskan.

9. Tetapi, jika pro umno/bn yang membuat teguran kepada kepimpinan berkenaan sesuatu isu atau dasar kerajaan, mereka akan secara automatik di cop sebagai pembangkang, dn dikatakan pembelot terhadap perjuangan parti.

10.Walhal, kebanyakan pro umno menegur parti kerana sayangkan parti dan tidak mahu parti terkubur dek kerana segelintir pemimpin yang 'kurang bijak' dan yang 'mengambil kesempatan'.

11.Sedangkan pemimpin umno tahu yang memenangkan mereka adalah penyokong umno yang berbansa melayu.

12.Mereka sepatutnya tidak perlu untuk terlalu' mengambil hati' bangsa lain kerana kita tahu bangsa lain hanya segelintir sahaja yang akan undi bn.

13.Oleh itu sudah sampai masanya, para pemimpin umno kembali kepada 'akar umbi' mereka, kembali mendekati para penyokong tegar mereka.

Tidak rugi, ular menyusur akar...bisa tak hilang...

Namun, lebih rugi jika para pemimpin menjadi kacang lupakan kulit,  kudapan ringan bagi  mereka yang mahukan 'kuasa politik' bangsa melayu dengan memisahkan  umno dn akar umbi...