Thursday, February 28, 2013

Jawapan mengenai pampasan perang dunia kedua


Jawapan mengenai pampasan perang dunia kedua 

Aku tak heran puak pakatan ni buta sejarah.... sebab pemimpin mereka pun level pengetahuan sejarah hanya setakat SPM jer.... Untuk mengetahui wujud atau tidak so called Pampasan Perang Jepun itu.... Perlulah anda mengetahui secara jelas mengenai Marshall Plan dan Treaty of San Francisco yang ditandatangani pada 8 September 1951 di San Francisco ler 
mana lagik diantara Kerajaan Jepun dan 49 buah negara MERDEKA....

Perjanjian San Francisco secara rasmi membatalkan hak-hak Jepun berdasarkan Protokol Boxer tahun 1901 dan hak Jepun keatas Korea, Taiwan, Hong Kong), Kepulauan Kuril, Pescadores, Kepulauan Spratly, Antartika, dan Pulau Sakhalin.

Pasal 3 dari perjanjian ini secara rasmi memasukkan Kepulauan Ogasawara dan Kepulauan Ryukyu, termasuk Okinawa dan Kepulauan Amami, Miyakojima, dan Kepulauan Yaeyama ke dalam kekuasaan Amerika. 

Fasal 11 pula menyatakan bahawa, Jepun menerima keputusan Mahkamah Tentera Antarabangsa untuk Timur Jauh dan Pengadilan Kejahatan Perang yang dilakukan di Jepun ataupun di luar Jepun, dan bersetuju untuk melaksanakan hukuman-hukuman terhadap warganegara Jepun yang dipenjarakan di Jepun atas kesalahan jenayah 

Dalam Fasal 14 menyatakan bahawa semua aset Jepun diluar negara disita kecuali aset Jepun di China... Aset Jepun di China ditakrifkan dalam Fasal 21 yang mana ia termasuklah aset2 Jepun di Manchuria dan Mongolia Dalam Fasal 14 menyatakan bahawa semua aset Jepun diluar negara disita kecuali aset Jepun di China... Aset Jepun di China ditakrifkan dalam Fasal 21 yang mana ia termasuklah aset2 Jepun di Manchuria dan Mogolia

Aset2 Jepun di Korea, Taiwan, China dan negara-negara lain adalah dianggarkan bernilai USD25.3Billion nilaian pada masa itu

Fasal 14(a)2(II)(ii) hingga (v) menyebabkan Jepun terpaksa membayar £4.5 juta Kepada Palang Merah Antarabangsa sebagai gantirugi kerugian terhadap tahanan dan tentera Berikat.... Bukan bayar pada Berikat... tapi Bayar pada Palang merah

Fasal 14 perjanjian ini juga menyatakan "Jepun diharapkan segera berunding dengan sekutu Berikat yang wilayah miliknya diduduki dan dirosakkan Jepun untuk pembayaran pampasan perang untuk tujuan pemulihan... Maka sejajar dengan Fasal ini, maka Filipina menerima USD550 Juta, pampasan pada 1956, Vietnam menerima USD38 juta pada 1959, Indonesia menerima USD223juta pada 1958 dan Burma menerima USD200 juta.. Tanah Melayu tidak menerima sebarang pampasan kerana tidak wujud sebagai sebuah negara Merdeka kerana berada dibawah Pentadbiran British.

Selepas Kemerdekaan Tanah Melayu.... Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh UMNO, telah melakukan beberapa siri rundingan dengan Kerajaan Jepun bagi memperolehi pampasan Perang Dunia Kedua... Setakat yang diketahui, tiada pampasan tunai diberikan melainkan Kerajaan Jepun bersetuju untuk membantu membangunkan Ekonomi Tanah Melayu.... Bantuan itu termasuklah menghapuskan Pinjaman Luar Malaysia dengan Jepun, serta yang paling utama.... Anak2 Melayu yang melanjutkan Pelajaran ke Jepun diberikan Biasiswa Kerajaan Jepun...... Untuk makluman semua, salah satu faktor Jepun banyak melabur di Malaysia sekitar 80-90an adalah disebabkan perjanjian pembangunan ekonomi.... Kerajaan Jepun juga telah memberikan dua buah Kapal... tanya kat orang tua-tua Kapal Butang Merah - Kapal pi naik haji.... Kapal ini telah dijadikan asas oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan MISC....

Dengan penerangan yang tak seberapa ni, diharapkan penghujah dari kubu Pakatan dapat memberikan huraian seperti yang aku berikan diatas bagi menjustifikasikan hujah mereka.... Jangan berhujah seperti beruk tanpa isi dan hala... jerit sana, jerit sini.... bunyik jer lebih, isinya ntah kemana

Credit to: bro Sham

No comments:

Post a Comment