Mengapa PM Najib sangat sayang kpd isterinya Rosmah Mansor
1. Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sbagai Rosmah Mansor
merupakah wanita yang paling 'glamer' di arena politik Malaysia. Nama
beliau tidak pernah lekang di sebut oleh para pembangkang. Segala
2. Setiap perilaku diperhatikan, setiap tutur katanya akan dijadikan
bahan bualan. Setiap berita mengenai beliau pasti akan 'disensasikan'.
Bak kata orang, Rosmah Mansor is 'da boom'.
3. Tiada seorang
pun isteri Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya 'mencuri' hati
dan minda rakyat Malaysia, lebih -lebih lagi para pembangkang seperti
yang telah berjaya dilakukan oleh beliau.
4. Tidak dapat
dinafikan kebanyakan perkara yang disembangkan merupakan tohmahan dan
perkara-perkara negatif belaka, ia umpama mereka yang berkata-kata itu
terlupa bahawa wanita yang menjadi pendamping setia PM ini seorang yang
'kejam' dan tidak 'berhati perut' juga mempunyai sifat pemurah
4. Tidak ramai yang tahu di sebalik wajah tegas itu, ada banyak amal bakti yang 'disembunyikan' dan tidak digembar-gemburkan.
Antaranya:
a. Membantu pelajar miskin secara peribadi
b. Menghantar mereka yang kurang mampu menunaikan haji
c. Membantu keluarga susah, anak-anak OKU dan mereka yang hidup di pedalaman secara peribadi
d. Membantu mereka yang jumpa dia secara peribadi, dan mereka bukannya orang kaya atau orang bisnes
5. Memang tidak dapat dinafikan Rosmah Mansor, sebgai seorang insan
biasa tidaklah sempurna, tetapi ketidak sempurnaan itu tidak boleh
dijadikan alasan untuk menidakkan amal jariah yang beliau lakukan untuk
rakyat.
6. Dan amal jariah itulah, merupakan pengikat kunci
Dato' Sri Najib kepada beliau, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan
kepada isterinya. Dato' Seri lebih tahu akan perihal isteri beliau.
7.Tiada isteri pemimpin lain, termasuk isteri-isteri mantan Perdana
menteri lain melakukan amal jariah kepada rakyat seperti yang dilakukan
oleh Rosmah.
8. Sifat ini juga tidak diperlihatkan oleh Wan Azizah, Nurul Izzah, Isteri Khalid Ibrahim ataupun isteri Guan Eng.
9. Sifat pemurah ini membuatkan Tun Rahah akur, kerana itu memang sifat
semula jadi Rosmah dan bukan di buat-buat seperti segelintir aahli
politik demi untuk meraih sokongan.
10.Sifat pemurahnya memang
telah di ketahui sejak di baangku sekolah lagi, di mana ramai
rakan-rakannya telah di bantu semasa zaman persekolahan di Kolej Tunku
Kurshiah, kerana keluarganya agak 'berada' berbanding dgn rakan-rakan
yang lain.
11. Oleh itu, jika kita mahu memperkatakan tentang
kepincangan sifat seseorang itu, kita juga sewajarnya berlaku jujur
dengan memperlihatkan kebaikannya juga.
12. Terdapat juga bilik
khas untuk tetamu di Seri Perdana, di mana tetamu boleh rehat dan tido.
Cubalah sendiri jika mahu melihat sendiri Rosmah Mansor yand
digembar-gemburkan sebagai 'Perempuan Puaka' oleh segelintir individu.
13.Dan jangan lupa, jika ada antara individu yang merasakan Rosmah
seoarang wanita yang 'jahat', anda dialu-alukan untuk memburuk-burukkan
beliau kepada makcik-makcik yang khusyuk melihat sidang umno di skrin
besar. Manalah tahu, mungkin anda akan pulang dengan buah tangan berupa
satu 'tamparan wanita' umno
No comments:
Post a Comment