Wednesday, October 26, 2011

Keanehana pola sokongan terhadap DAP oleh penyokong-penyokong PAS


By Emma Harith on Wednesday, 26 October 2011 at 12:12



1. Keanehana pola sokongan terhadap DAP oleh penyokong-penyokong PAS mengundang tanda tanya dan keraguan daripada ‘orang luar’ dan mereka yang berada di atas pagar.

2. Kebanyakan daripada mereka juga tertanya-tanya sampai bila situasi pelik ini akan berlanjutan ataupun ini hanyalah satu gimik politik untuk meraih undi.

3. Penyokong PAS dilihat lebih menyokong DAP daripada menyokong PAS apabila mereka lebih bermegah dengan politik DAP daripada politik mereka sendiri.

4.Walhal diketahui bahawa DAP dengan jelas menolak agenda Islam PAS dan apabila penyokong pas sendiri lebih menyokong perjuangan DAP ia menunjukan kepada org ramai seolah-olah DAP lebih hebat daripada PAS.

5. Fenomena ini menunjukkan seolah-olah bermakna penyokong pas sendiri menolak perjuangan PAS.

6.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpaksikan Buku Jingga yang dianggap sebagai manifesto am PR, mereka tetap akan terus mempertahankannya walaupun sangat jelas tiada pun peruntukan untuk perlaksanaan negara Islam dan hukum hudud .

7. Begitu juga dalam bajet bayangan PR dimana tiada peruntukan utk aktiviti islam. Ia secara tidak lansung telah menunjukkan bahawa perjuangan Islam ala-PAS dalam PR telah sia-sia dan tidak dipedulikan.

8. Tekanan politik DAP ke atas PAS berada di kemuncaknya apabila Nik Aziz sendiri, sebagai orang yang paling ‘kuat’ dan ‘berpengaruh’ di dalam PAS menghalau DAP keluar drpd PR.

7. Tindakan Nik Aziz menghalau DAP keluar drpd PR boleh mengesahkan bahawa DAP memberi tekanan melampau kpd PAS berkaitan perjuangan PAS.Malangnya tindkan menghalau DAP oleh Nik Aziz itu dipandang sepi oleh pemimpin PAS sendiri.

8. Mereka lebih suka berdiam diri, atau pun hanya menjawab bahawa pernyatan tersebut adalah pandangan peribadi Nik Aziz dan bukannya pandangan pucuk pimpinan PAS.

9. PAS lebih sanggup membuang Hassan Ali , exco kerajaan negeri Selangor yg memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan sbg ketua PAS negeri Selangor akibat beberapa insiden politik berkaitan agama islam.

10. Sekalung ucapan tahniah Hassn Ahli kerana berpegang kpd pendiriannya, yang sedikit sebanyak mengingatkan DAP tentang 'sumbangan' PAS terhadap kemandirian politik DAP, lebih-lebih lagi di Selangor.

11. Selain daripada itu, apabila sesuatu isu nasional berkaitan Pakatan Rakyat timbul, penyokong PAS terbukti mempertahankan agenda DAP lebih daripada agenda pas sendiri, walaupun isu tersebut adalah merupakan isu pertelingkahan antara DAP dan PAS.

12.Keadaan ini mungkin terjadi kerana pembangkang PAS sedar jika mereka mahu suara mereka di dengari, mereka perlu menjadiu sebahagian daripada DAP krn jika mereka berterusan bersama PAS, suara mereka akan terus tenggelam , kerana agenda DAP lebih menguasai Buku Jingga dan politik PR.

13. Dalam politik PR , PAS sentiasa bertegang urat dengan DAP , manakala dengan PKR , masing- masing seolah-olah tidak melayan kehendak masing-masing, mencurigai antara satu sama lain dn kebencian antara PKR dn PAS begitu terserlah.

14.PKR pula sentiasa sahaja akur dengan apa saja yang dibuat DAP dan dalam kes PAS dan DAP , PKR jelas menyebelahi DAP yang mempunyai corak politik yang lebih selari dengan mereka, berbanding dengan PAS yang dilihat tidak menitik beratkan perkembangan nasional.

15. Terjemahan politik seperti ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dalam politik PR itu sendiri.

16. Jikalau diberikan tafsiran politik terhadap perkara ini, ternyata PAS tidak disenangi oleh DAP dan PKR dlm Pakatan Rakyat. PAS adalah parti yg paling sedikit sumbangan undi dan kerusi dalam PR dan sudah tentu PAS juga adalah komponen yang paling tidak kuat ,lemah dan tidak berpengaruh dalam PR.

17. Namun jika dibandingkan antara penyokong-penyokong PAS dan parti komponen lain, penyokong PAS paling mudah ‘menurut kata’ dan mudah untuk di arahkan oleh pemimpin mereka.

18.Mereka akan menurut kata tanpa banyak soal, dan ‘kelebihan’ sikap para penyokong pas tersebut telah digunakan sebaik-baiknya oleh DAP bagi merealisasikan impian mereka.

19. Oleh itu, sudah terang lagikan bersuluh kenapa dan mengapa PAS begitu terhegeh-hegeh dengan DAP berbanding PKR , sehinggakan PAS sanggup mengetepikan teriakan dan amukan Nik Aziz untuk menghalau DAP keluar PAS.

(terima kasih bro Remington Steele, artikel ini digubah berdasarkan hujahan posting beliau di Parlimen FB)

No comments:

Post a Comment