Agenda politik Pakatan Rakyat ( PR) (Part 1)
1. Apa yang jelas dilihat pada ketika ini, persediaan politik Pakatan
Rakyat untuk agenda 'mengubah' kerajaan yang sedia ada masih kabur dan
samar-samar.
2.Rakyat masih tidak tahu arah tuju yang mereka mahu bawa negara ini,
oleh itu adalah menjadi sesuatu yang rasional dan wajar jika politik PR
masih diragui dan boleh dipertikaikan.
3.Masakan tidak, mereka
masih menyembunyikan agenda sebenar mereka dan tidak berani
memaparkannya untuk dinilai oleh rakyat jelata.
4. Jika benar
agenda politik perubahan mereka mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan
negara, mereka tidak sepatutnya takut untuk memaparkan perancangan
politik mereka.
5.PR seharusnya berani berdepan dengan
persoalan rakyat mengenai perancangan agenda politik mereka untuk negara
kita, dan bertanggungjawab haruslah bertanggung jawab terhadap perkara
ini.
6.Negara dan rakyat Malaysia sbenarnya tiada sebab yang kukuh untuk merubah sistem politiknya daripada apa yang adahari ini.
7.Persekitaran politik dan ekonomi yang stabil dan sihat tidak memerlukan sebnarang penambahan atau perubahan yang drastik.
8. Walaupun jika pihak PR berkata perubahan tersebut akan berlaku
dalam tempoh 10 tahun akan datang ia masih tidak realistik kerana untuk
mengubah sesebuah 'sistem', ia mestilah telah 'musnah' secara
keseluruhan, dan terbukti 'sistem' politik yang sedia ada sekarang
adalah antara yg paling kukuh dan yang paling baik, kerana ia
berlandaskan realiti lanskap kehidupan tempatan.
(Terima kasih Bro Remington Steele (RS) , sebahagian daripada pengisiannya adalah drp posting RS di Parlimen FB)
No comments:
Post a Comment