Wednesday, April 3, 2013

Penguasaan Politik DAP di Sarawak


Penguasaan Politik DAP di Sarawak
===================

1. Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan  satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat  tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak.

 2. Jika sebelumnya DAP memiliki  hanya  6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%.

3. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13  berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.

4. Mengikut analisis yang di lakukan oleh ramai ahli akademik, sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan  sebanyak 15%.

5. Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model tersebut , maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung  dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia.

6. Malah ia 'mungkin' meningkat  kepada  50 kerusi jika usaha DAP  di kawasan  Bumiputera Bukan Islam berjaya.

7. Dengan ini, DAP akan menjadi parti teras atau tunjang kepada Pakatan Rakyat, mengatasi PKR dan PAS.

8. Dominansi ini akan menyebabkan kebanyakan polisi dlm pakatan pmbngkang akan terarah mngikut keperluan DAP.

9. Kepentingan politik PAS dn PKR akan terhakis demi utk memberi 'laluan' kpd dap demi utk survival politik pmbngkang di Malaysia.


10. Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama  Kristian, isu tanah NCR  dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak.

11. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.

12. Dengan keadaan demikian, seluruh masyarakat Cina akan berdiri dibelakang Parti DAP dan pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.

Kredit IKHWAN

2 comments:

  1. Sebenarnya untuk jangka masa panjang PAS dan PKR akan hanya menjadi boneka kepada melayu2 bodoh yg mereka alaskan fatwa2 karut...
    Mereka tak nampak akan rancangan DAP untuk jangka masa panjang...
    Janganlah kita sampai merempat di tanah sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju....kemungkinan besar pas dn pkr akan mnjadi sayap dap pada PRU 14 atau 15....

      Delete