Yang Dinikmatkan kebijaksanaan menjadi Pendeta, Yang Dikurniakan kegagahan menjadi Pendekar, yang dilimpahi usaha menjadi Bentara, Yang Dianugerahkan kemuliaan menjadi Betara,
Yang dikata melayu itu sifatnya ada 5 - Bertuhan, Bertuan, Bertaulan, Berpengetahuan dan Budiman.
Melayu itu jatidirinya teguh tetapi tidaklah sampai menongkat langit, sika
pnya merendah diri tetapi tidaklah sampai menyembah bumi, santunnya tinggi tetapi tidaklah sampai boleh direbahkan, hidupnya mudah tetapi tidaklah sampai diremehkan, katanya indah - sindir dalam seloka, kejinya dalam madah, pesanannya dalam ungkapan, siratnya dalam suratan...
Melayu itu teguh hatinya bak gunung, memacak alam meredah samudera, budimannya bak pohonan; lebat buahnya berkongsi anugerah tuhan, rimbun daunnya memayungi alam...
Paksinya pada satu tuhan, setianya pada satu raja, Korbannya pada satu negeri, baktinya pada satu taulan; pantang anak melayu menduakan tuhannya, menderhaka pada rajanya, memecahkan taulannya, mengengkari pengetahuannya dan menjauhkan budimannya....
Biar mati anak jangan mati adat, biar mati adat jangan mati negeri, biar mati negeri jangan mati rajanya, biar mati raja jangan mati tuhannya - Cati Bilang Pandai - Bapa Adat Melayu
Penerangan: Cati Bilang Pandai ialah nama panggilan bangsawan Kerajaan Majapahit iaitu Wisnu Rupakumara yang juga merupakan penasihat kepada Raja Majapahit, iaitu Raden Wijaya.
No comments:
Post a Comment