Thursday, February 28, 2013

BN kerajaan berhemah


astle Iron.....

Kerajaan BN Kerajaan Berhemah....

CI yakin, bentangan Bajet 2013 pada hujung 28Sept ini oleh YAB PM Najib bakal menyaksikan pendekatan berhemah Kerajaan BN dlm mengemaskini HUTANG NEGARA yg selama ini sering dijadikan bahan fitnah PR didlm usaha mrk memperdaya rakyat KONONNYA negara bakal muflis.

Bagi menjayakan hasrat diatas maka sudah pasti sasaran Kementerian Kewangan Malaysia pada Bajet2013 adalah Kerajaan BN komited mengurangkan defisit fiskal kpd kurang dari 4.7% pada 2012. Ini selaras dgn sasaran Kerajaan BN supaya Defisit Negara akn berada disekitar 3% sahaja pada 2015, sekali pun dewasa ini kita berdepan dgn kelembapan ekonomi Dunia yg amat mencabar.

Berbakalkan pengalaman dan 'track record' Kerajaan BN yg sudah berjaya membawa negara keluar dari 'economy turmoil' atau kemelesetan ekonomi Asia kesan serangan penyagak matawang asing iaitu George Soros (pembekal dana operasi Suaram) pada 1997,98 dan 99, adalah tidak diragui keupayaan Kerajaan BN meneruskan tradisi pengurusan cemerlang kewangan negara spt yg sudah dirancangkan.

Selama 55thn BN memerintah Malaysia, kerajaan telah mengambil tiga (3) langkah strategik dlm memastikan DEFISIT FISKAL negara terurus dgn baik bagi menjamin kewangan negara sentiasa berupaya membayar sebarang hutang menjelangnya tempoh matang. 

Diantara pendektan tersebut adalah;

1) Agregat hutang fiskal yg terkandung didalamnya spt Pendapatan Nasional berbanding KDNK

2) Kemanakah dana hutang itu disalurkan?sama ada pulangan yg setimpal dgn kos pinjaman atau menyelamatkan negara dari berhutang dgn kos yg lebih besar di masa yg akn dtg. Ini juga termasuk sektor2 sensitif bagi kesejahteraan rakyat khususnya Pelajaran, Kesihatan & Keselamatan(Contoh,jika KLIA mahu dibina skg ia akn menelan belanja yg terlalu tinggi kesan kenaikan kos barang2 dan perkhidmatan)

3) Memastikan 'aliran tunai' berkeadaan 'manageable' bagi memastikan bayaran balik pinjaman bagi sesuatu tempoh matang hutang.

Ketiga-tiga pendekatan diatas kini sentiasa meletakkan kewangan negara berada dlm kedudukan terurus dan tidak memberi risiko luar biasa kerana sikap 'prudent' kerajaan selama 55thn adalah mengambilkira 'calculated risk' dlm mana2 projek yg dilaksanakan supaya negara tidak dibebani hutang yg tidak terkawal yg kini masih dibawah paras 55% kerna paras ini adalah had hutang negara yg sudah dijadikan polisi tetap Kerajaan dlm memastikan negara amat berhemah dlm pengurusan hutangnya.

Selama ini, Kerajaan BN meneruskan perbelanjaan kerajaan bagi memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi mampan serta memastikan momentum ekonomi negara tidak diganggu khususnya skg ini apabila Dunia berdepan dgn krisi hutang Euro (Euro Zone) & Kesan Fiskal USA. Rakyat seharusnya bersyukur kerana negara masih mencatat KDNK pada suku ke-2/2012 iaitu 5.4% dimana ia meningkat jika dibandinkan pada suku pertama thn ini hanya 4.9%. Perbelanjaan kerajaan itu dtgnya dari sumber spt hasil cukai pendapatan, pendapatan Petronas dan lain2nya.

Rakyat juga harus difahamkan iaitu, 98% jumlah hutang negara adalah dlm bentuk Ringgit Malaysia/RM yg dibiayai instumen dalaman. Ini bertujuan bagi mengelakkan kadar kenaikkan diluar kawalan sekiranya dibuat dlm bentuk matawang asing disamping ianya memberi peluang kpd pemberi atau pembekal pinjaman menjana perniagaan pinjaman yg mrk lakukan. 

Berpandukan kpd pendekatan kewangan berhemah dgn mengambilkira kedudukan kewangan semasa negara disamping meningkatkan pembangunan mampan didalam memastikan Malaysia terus makmor, maju dan aman utk kesejahteraan rakyat adalah wajar kpd kita utk terus memberi mandat yg lebih besar kpd BN pada PRU13 nanti. Ini membolehkan Kerajaan BN terus memberi dan menambah kebajikan dan kesejahteraan hidup kpd rakyat negara ini. Kesemua perancangan ekonomi yg sudah dan sdg dilaksanakan spt GTP dan ETP, negara mesti berada dlm keadaan stabil dan aman. Justeru, kita selaku rakyat Malaysia yg maju dan berminda madani mesti MENOLAK PR yg terbukti hanya mengeruhkan keamanan negara sekali gus hanya membantutkan pertumbuhan ekonomi yg hanya merugikan rakyat terbanyak.

No comments:

Post a Comment